Tournament E-sport Khas Untuk Perempuan!

Selalu kat tournament mana-mana mesti lelaki yang conquer kan? okay ni korang boleh lihat bagaimana situasinya apabila team perempuan join tournament 🙂

Setiap kali perempuan main game, mesti ada je yang suruh pergi duduk dapur lah, noob lah dan macam-macam lagi. Sebenarnya, banyak bakat terpendam untuk Grills Gamers ni tapi mereka amatlah malu dan segan nak join tournament game kerana kebanyakkannya disertai oleh lelaki sahaja.

Tapi guys, pada hari Ahad minggu lalu, 11 March 2018, Kelab E-Sukan ANSARA (ANSARA Esports) telah menganjurkan satu event yang memberi keutamaan kepada pemain wanita untuk form team tersendiri dan bersaing dalam Kejohanan E-sukan Wanita Asia (FEAR).

Untuk event FEAR ini, terdapat dua game yang dipertandingkan iaitu Dota 2 dan juga CS:GO. Untuk setiap game, hanya 8 team terawal yang register sahaja yang boleh join game ni.

Bagi kategori CS:GO dimenangi team daripada Singapura iaitu Asterisk yang membawa pulang wang tunai RM1,500. Tempat kedua pula dimenangi oleh team MercenariesX dan membawa pulang RM1,000.

Sementara itu bagi kategori Dota 2, dimenangi kumpulan YoloPotato selepas menewaskan pasukan KuroNeko yang berada pada pusingan akhir kejohanan tersebut.

Moshed Gaming juga telah menghantar seorang gamers perempuan iaitu Hana Wispie yang menyertai kumpulan The Rebels untuk CS:GO tournament.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.