Unboxing dan Review Headset Razer Tiamat 7.1

So untuk video kali ini, Hana akan buat video unboxing dan review headset dari brand Razer yang diberi nama Razer Tiamat 7.1 v2. Headset gaming tersebut mampu memberikan pengalaman audio 7.1 ataupun kita panggil surround sound (bunyi sekeliling)

Pada pendapat Hana, walaupun headset ini nampak besar dan berat, sebenarnya, ia sangat ringan dan selesa dipakai kalau nak dibandingkan dengan Razer Kraken Pro V2 yang sedikit ketat kalau kita pakai lama-lama. Bentuk earcup dia yang segi empat tu rasa selesa sangat walaupun dah pakai berjam-jam.

Berbekalkan 10 discrete driver, lima di setiap ear cup-nya, Razer Tiamat 7.1 V2 ini mampu menghasilkan soundstage yang lebih realistic dan accurate. Hal ini sangat penting agar gamer dapat merasakan pengalaman gaming yang lebih real. Kalau main game FPS, memang sangat sesuai sebab kita boleh tahu arah musuh dengan lebih details berbanding headset yang hanya support stereo sahaja.

Selain itu, setiap ear cup memiliki subwoofer 40 mm, 30 mm front (L/R) dan center driver, dan 20 mm rear dan side surround driver. Headset Razer ini juga ada Audio Control Unit untuk memudahkan gamer switch antara 7.1 surround sound dengan 2.0 stereo.

Untuk communicate dalam in-game, Razer Tiamat 7.1 V2 ada unidirectional digital boom microphone, yang boleh dipusing ke atas ketika  tidak digunakan. Mic tersebut dikatakan antara yang terbaik sebab mic ini boleh hilangkan bunyi bising atau “noise cancellation” lebih bagus dari Razer Tiamat 2.0

Tak ketinggalan, Razer Tiamat 7.1 V2 ini mempunyai fungsi Razer Chroma dengan 16 juta warna dan effects  pada ear cup dan Audio Control Unit. Itu sahaja. Untuk review yang lebih jelas boleh tengok video yang tertera okay! bye 🙂

 

Follow Kami Di:

Instagram   Facebook   Youtube

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.