Franco Tips dan Strategi – Kaki Hook Kaw-Kaw!

0 2,096

Franco adalah salah satu hero yang sangat penting dan role nya adalah sebagai Tanker dan initiator adalah sangat diperlukan untuk memporak- perandakan planning team lawan. Adalah sangat “SELALU” di mana ramai player tidak mahu menggunakan hero Tanker kerana lebih mementingkan KILL di mana diorang tak tahu yang hero tanker dan initiator lah yang akan mencorakkan titik tolak permulaan game control semasa mid game.

Franco adalah hero yang unik yang mempunyui kebolehan untuk menarik musuh dari jarak jauh ke arah dirinya. Ability Franco ini dapat di lihat sama dengan Pudge jika korang pernah main Dota, Cuma beza skill Dismember dan Rot digantikan dengan Fury Shock dan Brutal Massacre.

Kat bawah ni ada tips ringkas dan mudah supaya korang takyah nak pening-pening nak paham, so Daddy gunakan Bahasa-bahasa mudah dan ringkas je.

Nota, Combo dan Skill:

  1. Max kan skill #1 Iron Hook dahulu.
  2. Korang kena pastikan arah hook menghala ke hero musuh, jika korang just click tanpa arah tuju hook tersebut akan menghala ke arah hadapan hero sahaja.
  3. Build early game hanyalah CD Reduction dan Deffense, jadi korang perlu sentiasa berada dalam kawasan selamat dalam lingkungan tower.
  4. Skill #1 + Flicker + Basic Attack + Ulti + Basic Attack + Skill #2 + Basic Attack – Jalan cerita combo ini adalah hook musuh, gunakan flicker untuk menarik musuh lebih jauh ke kawasan kita, ulti memberikan damage besar, skill #2 memberikan damage sambil memperlahankan musuh yang mempastikan musuh tidak dapat lari.
  5. Hook musuh di mana arah musuh berjalan bukan di mana musuh berada.
  6. Flicker selepas hook akan membawa musuh yang terkena hook ke arah flick (korang boleh flick ke dalam kawasan tower atau ke kawasan rakan-rakan teammate.
  7. Berselindung di dalam belukar dan hook mempunyai peluang tinggi untuk mendapat hook.
  8. Biarkan teammate berperang, korang hanya perlu mark MM/Mage/Support/Assassin yang selalu berlindung di belakang tabir.

Item Build:

  1. Dominance Ice (Cost: 2110)
    +500 Mana, +70 Armor, +5% Crit Strike Rate Reduction, +15% Cooldown Reduction
    Mengurangkan 5% movement speed dan 30% attack speed kepada hero musuh yang berdekatan.
  1. Boots of Tranquility (cost 720)
    Stats: +20 HP Regen, +20 Mana Regen
    +40 Movement SPD dan kesan regen HP ditambah lagi 10%.

  2. Immortality (Cost 2120)
    +800 HP, +40 Magic Resistance
    Bangkit selepas 2s setelah terbunuh, mendapat 15% HP dan shield yang dapat menyerap 300~1000 damage. Shield adalah selama 3s. Cooldown effect ini adalah setiap 180s.
  1. Demon’s Advent (cost 2170)
    +920 HP, +54 Armor, +30 HP Regen
    Apabila melancarkan serangan, kuasa serangan musuh akan berkurangan 6%, stack sebanyak 3 kali dan kesan selama 2s.
  1. Oracle (cost 2110)
    +850 HP, +36 Magic Resistance, +35 HP Regen, +10% Cooldown Reduction
    Selepas diserang selama 4s, hero akan regen 8% HP. Cooldown kesan ini adalah setiap 6s.

  2. Cursed Helmet (cost 1830)
    +920 HP, +50 Magic Resistance
    Memberikan 1.5% jumlah HP maksimum sebagai magic damage per saat kepada musuh di sekitar, dan tambahan 50% damage kepada minion.


Battle Spell: Flicker (korang boleh gunakan untuk combo dengan skill #1 untuk menarik musuh ke bawah tower atau di mana teammate korang berada).

Keterangan Skill:

Wasteland Force (Passive) – Menambah 10% movement speed dan regen 1% daripada jumlah max HP per saat jika tidak terkena hit dalam waktu yang singkat.

Iron Hook CC (Mana cost: 105) – Melibas Iron Hook. Hook yang mengena unit pertama dalam laluan akan menarik kembali ke arah dirinya dan memberikan Physical Damage 550~800(+100% jumlah Physical Attack).

Fury Shock AoE CC (Mana cost: 40) – Memberikan Physical Damage 350~500(+100% tambahan Physical Attack) kepada musuh di sekeliling dan memperlahankan pergerakan sebanyak 70% selama 1.5s.

Brutal Massacre CC Burst (Mana cost: 110) – Menghimpit dan menekan musuh sebanyak 6 kali berturut-turut, disable dan memberikan Physical Damage 60~100(+70% jumlah Physical Attack) untuk setiap hit.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.