Pertandingan PUBG Peringkat Asia Tenggara Sedang Berlangsung- Jangan Lepaskan Peluang!!

0 933

Pada akhir bulan lepas, kami Team Moshed ada kongsikan bahawa PUBG Corp ada mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan sebuah pertandingan rasmi e-sukan peringkat global yang pertama bagi PlayerUnknown’s Battlegrounds pada tahun ini.

Baru-baru ini, sebuah badan penganjur event permainan video yang berasal dari Filiphina, MET dan ASUS telah bergabung tenaga bagi menganjurkan Kejuaraan PUBG Di Asia Tenggara.

Pertandingan ini merupakan peringkat awal bagi melayakkan pemain-pemain untuk menyertai pertandingan di peringkat global yang bakal diadakan di Berlin pada Julai ini.

28 April menjadi tarikh permulaan bagi pemain-pemain di beberapa buah negara untuk berentap. Antara negara yang terlibat dalam kejohanan ini ialah Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Singapura dan Malaysia. Beberapa pusingan akan diadakan bagi setiap negara untuk melayakkan mereka mewakili negara masing-masing. Cuma bagi Malaysia dan Singapura akan bergabung dalam satu pusingan kelayakan.

Pasukan terbaik bagi setiap Negara akan mewakili negara untuk berentap di Thailand pada 24-25 Jun.

Jadual Pertandingan Kelayakan.

Filipina: Mei 5 – Jun 3
Indonesia: April 28 – Mei 13
Malaysia/Singapura: Mei 5 – Mei 27
Thailand: Mei 7 – Jun 10
Veitnam: Mei 12 – Jun 3

Final Peringkat Negara

Filipina: Jun 9 -10
Indonesia: Mei 19 – 20
Malaysia/Singapura: TBA
Thailand: Jun 22
Veitnam: Jun 16

Peringkat Asia Tenggara

Jun 23-24 di Thailand.

Info Terkini: Setakat 13 Mei, Pertandingan PUBG peringkat Asia Tenggara telah berjaya menyenaraikan 5 squad terbaik bagi peringkat 1. Minggu ini, squad yang layak bagi peringkat kedua akan diumumkan.

Marilah sama-sama kita menyokong pasukan Malaysia. Anda boleh tonton permainan pemain di FB MET Malaysia. Jangan lepaskan peluang ikuti perkembangan.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.