PUBG x Horizon Zero Dawn Berkerjasama – Hadirkan Skin Menarik Ekslusif

0 140

Sejak akhir-akhir ini sebagai pemain game PUBG, kita telah melihat banyak event crossover yang dihadirkan dalam game PUBG. PUBG telah menjalankan beberapa kerjasama dengan Tera, Resident Evil, dan terkini ialah dengan Guerilla Games.

Baru-baru ini PUBG Corp. dan Guerilla Games telah menjalinkan kolaborasi. Hasil dari kerjasama tersebut, pada 5 Mac sehingga 5 April akan ada sebuah event terbaru khusus buat pemain PUBG di PS4.

Dalam jangka tarikh tersebut, pemain PUBG di PS4 berpeluang untuk mendapatkan dan membeli skin yang bertemakan Horizion Zero Dawn.

Kebanyakkan skin terinspirasi dari puak Eclipse. antara skin menarik yang ditawarkan ialah topeng Eclipse, Eclipse Kar98K dan kuali Horizon Zero Dawn.

 

Pemain yang log in ke dalam game PUBG ketika event akan mendapatkan baju Eclipse Top secara percuma. Manakala untuk Eclipse Mask,pemain perlu menyelesaikan game sebanyak 10x.

Bagi mendapatkan skin pan Eclipse,pemain harus membunuh 10 musuh dengan menggunakan crossbow. Akhir sekali, Kar98 Eclipse boleh dibeli dengan menggunakan BP.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.