Gambit Esports Mengamuk – Juara TI 8 OG Kecundang Dalam Pertandingan WePlay!

0 1,658

Pada awal tahun baru ini telah berlangsung pertandingan WePlay! Dota 2 Winter Madness. Acara ini dipayungi oleh WePLay itu sendiri.
.

Sebanyak 14 pasukan yang datang dari Eropah dan CIS bagi merebutkan gelaran juara. Namun hanya 10 pasukan sahaja akan terpilih untuk layak ke peringkat setersunya.
.

Dalam acara grand final, OG dan Gambit Esports telah terpilih sebagai pasukan yang akan berentap bersama. Gambit Esports layak berikutan telah berjaya menewaskan avaga Gaming, Forward Gaming, dan Ninjas in Pyjamas. Disisi lain, OG telah berjaya menewaskan NoPangolier dengan skor 2-0.
.

Walaubagaimanapun, setelah pertandingan antara kedua-dua pasukan itu berlangsung, harapan tinggi yang dibawa OG terpaksa berakhir dengan kekecewaan. Dimana OG telah dibelasah teruk oleh pasukan CIS, Gambit Esports sebanyak 3-0.
.

OG telah menggunakan Anti-Mage yang dibanggakan mereka namun Gambit Esports mampu membalasnya pada saat-saat akhir dengan menggunakan Medusa sebagai counter Anti-Mage dari OG.
.’

Kekalahan sang juara TI 8 telah membolehkan Gambit Esports merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah US$50,000.
.

Apakah kekalahan OG disebabkan mereka kehilangan dua pemain iaitu Anathan ‘ana’ Pham yang digantikan oleh Per Anders Olson ‘Pajkatt’ Lille dan Pajkatt yang digantikan dengan Igor ‘iLTW’ Filatov?

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.