Game Pasca-Apokalips Last of Us II Bakal Keluar Tidak Lama Lagi?

0 2,024

The Last of Us merupakan sebuah game video aksi pengembaraan seram yang dikembangkan oleh Naughty Dog dan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment.

Permainan ini pada awalnya dilancarkan untuk PlayStation 3 pada 14 Jun 2013. Kemudian versi The Last of Us Remastered, dilancarkan untuk PlayStation 4 pada 29 Julai 2014.

Dalam permainan ini, pemain mengendalikan watak Joel, seorang lelaki yang bertugas mengawal seorang gadis remaja bernama Ellie mengharungi suasana pasca-kiamat Amerika Syarikat.

Game ini memiliki banyak pengemar dalam kalangan gamer dan kini sedang heboh tentang kehadiran Last of Us 2. Disini Team Moshed Gaming kongsikan info terbaru tentang game ini.

Baru-baru ini di sebuah laman web berkenaan teknologi melaporkan bahawa tarikh pelancaran The Last of Us Part 2 telah terbongkar. Hal ini diketahui menerusi daftar list game yang akan dijual di kedai runcit gaming di Eropah iaitu ProGamingShop.

Catatan jualan tersebut menunjukkan bahawa game pasca-apokalips ini akan dilancarkan pada 27 September 2019.Ini menguatkan lagi kemungkinan bahawa Last of Us 2 akan keluar pada tahun ini. Ditambah pula dengan selesainya sesi lakonan terhadap game ini.

Setakat ini The Last of Us: Part II bakal dikeluarkan untuk PS4 dan dikembangkan kembali oleh Naughty Dog dan belum ada tarikh rasmi. Sama-sama kita menantikannya.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.