Valve Rasmi Lancarkan Hero Baru DOTA 2 – Mars!

0 1,529

Salah satu perkara yang paling diharapkan oleh para peminat Dota 2 pada awal tahun 2019 selain sistem rank bermusim yang baru dan patch yang lebih stabil, para peminat turut menantikan kehadiran 2 hero baru dan salah satunya ialah hero Mars.

Sejak dari awal tahun, Dota telah mengeluarkan kenyataan tentang hero Mars dan pelbagai rumours juga turut tersebar. Akhirnya kini kita telah dapatkan rincian tentang hero ini serta ablities Mars.

Sebelum itu, Dota 2 juga telah melancarkan hero Grimstroke baru-baru ini. Mars dikatakan memiliki potensi sebagai carry, initiator, disabler dan durable jika dilihat pada skill hero tersebut.

Ia memiliki kemampuan untuk melemparkan tombak yang mampu menghasilkan kesan stun. Serangan ini mampu meninggalkan kesan sehingga 325 dan radius lontaran 1200. Serangan ini dikenali sebagai Spear of Mars.

 

Selain serangan Spear of Mars, Mars juga memiliki serangan yang dipanggil God’s Rebuke. Serangan ini membolehkan Mars memukul lawan dihadapannya dengan menggunakan perisai sehingga dapat meninggalkan critical damage sehingga 280%. Mars juga memiliki kemampuan untuk mengurangi damage physical sehingga 70% dari hadapan dan 35% dari sisi. Kemampuan ini dikenali sebagai Bulwark.

Serangan ultimatenya ialah Arena of Blood. Serangan ini membuatkan Mars dikenal sebagai “Bristlefront” dalam kalangan komuniti DOTA 2. Ia merupakan serangan seakan pusaran dimana pihak musuh akan ditarik dan dikunci dalam pusaran serangan . Musuh yang berada diluar lingkaran juga tidak dapat masuk.

Selain daripada perkembangan hero Mars, Valve juga sedang remodel untuk Drow Range.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.