Legend Terbaru Apex Legends – Octane Dan Battle Pass Akan Dilancarkan Dalam Waktu Terdekat?

0 1,027

Baru-baru ini game yang dihasilkan Respawn iaitu Apex Legends telah genap berusia 1 bulan sejak ia dilancarkan. Game Apex Legends tersebut telah meraih 50 juta pemain sejak ia dilancarkan pada bulan lalu.

Dalam masa yang sama, sebelum ini admin ada berkongsikan khabar angin tentang game ini bakal memasukkan hero/legend terbaru iaitu Octane. Walaubagaimanapun, pada ketika itu khabar tersebut belum dipastikan oleh Respawn sendiri.

Namun pada hari ini terdapat berita yang mempastikan bahawa Legend baru Apex Legends, Octane akan dimasukkan dalam barisan Legends dalam waktu yang terdekat. Laporan dari Daily Esports mempastikan kewujudan Legend Octane dan menyebarkan gambar berkualiti tinggi Legend Octane. Rincian Legend Octane boleh dibaca disini.

Dalam masa yang sama, Daily Esports berspekulasi Octane akan dilancarkan  seiring dengan pelancaran battle pass Apex Legends yang pertama.

Tentang battle pass, CEO Respawn – Vince Zampella sendiri telah mengatakan menerusi jawapan balas di Twitter bahawa mereka akan hadirkan konten battle pass untuk pertama kalianya di Apex Legends nanti. Beliau dan pasukannya sedang bekerja keras untuk mewujudkan hal tersebut.

Khabarnya battle pass tersebut akan dilancarkan pada 12 Mac ini. Sama-sama kita menanti laporan tentang rincian tersebut.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.