Tiada Lagi Ehsan Untuk Cheaters! Apex Legends Akan Kenakan Permanent Hardware Ban!

0 1,496

Populariti game Apex Legends sudah tidak boleh disangkal lagi. Game ini menjadi game yang menunjukkan percambahan pemain dengan sangat pantas. Sehingga kini, Apex Legends telah meraih lebih 50 Juta pemain.

Walaubagaimanapun, dalam masa sama Apex Legends turut dibanjir dengan banyak hackers/cheaters dan spammers. Kehadiran pihak tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan ramai pemain tidak puas hati. Selain itu permainan menjadi lebih membosankan dan tidak menarik.

Perkara ini turut dimaklumi oleh pembina game Apex Legends sendiri. Setakat ini, Respawn telah banned lebih dari 355,000 cheater PC. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tekad untuk terus membasmi cheater.

Baru-baru ini, Respawn telah bertindak lebih agresif demi membasmi para pemain yang menggunakan cheat. Respawn bukan sahaja akan membanned secara permanen akaun pemain namun Respawn juga akan lakukan permanent hardware ban.

Hal ini bermaksud pemain yang menggunakan cheat sudah tidak dapat bermain game tersebut dengan menggunakan PC yang sama. Sebarang akaun yang dibuat dari hardware komputer pemain tersebut akan secara automatik kena flag dan seterusnya ban dalam masa 30 minit

Dalam masa yang sama, Respawn juga akan membawa masalah ini ke peringkat pengadilan seperti yang dilakukan Epic Games dalam game Fortnite.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.