Pemain Professional LEAGUE OF LEGENDS – Ambition Bersara?

0 743

Ambition atau Kang Chan-yon (nama sebenar) yang merupakan bekas pemain pasukan Gen.G akhir memutuskan untuk menamatkan kerjayanya dalam esports League of Legends(LOL) dan sekaligus mengumumkan persaraan. Pengumuman itu dilakukan oleh Kang Chan-yon menerusi Live Streaming-nya di Twitch.
.

Kang mula membina kerjayanya sebagai pemain professional pada tahun 2012 bersama dengan pasukan MiG Blaze. Nama beliau mula melonjak naik apabila beliau dan pasukan berjaya memenangi pertandingan OGN. Pada ketika itu beliau bermain pada posisi Midlaner.
.

Namun pada tahun 2015, Kang telah bersama dengan pasukan baru dibawah Samsung Galaxy dan bermain sebagai posisi Jungler. Pada tahun 2016 dan 2017, beliau telah berajaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam pertandingan Worlds . Pada tahun 2016, Kang dan pasukan tidak berjaya merebut gelaran juara, namun pada tahun 2017, mereka telah berjaya menebus kekalahan dan sekaligus merebut gelaran juara.
.

Pada tahun 2017 juga, Kang telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilhannya. Gen.G menjadi tempat terakhir dalam perjalanan kerjaya beliau. Walaubagaimanapun, demi peminat-peminatnya, Kang akan tetap membuat live streaming League of Legends.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.