PUBG Bakal Dapatkan Perubahan Besar Selepas Acara PGI Berlin 2018

0 1,143

Pada hari Rabu, pemain game battle royale popular PlayerUnknown Battleground telah dapatkan update terbaru bagi PUBG Mobile. Update 0.7.0 telah menawarkan pelbagai perubahan, antaranya ialah war mode, sistem clan, perubahan background interface, penambahan kelengkapan perang seperti scope 3x dan 6x dan termasuk sistem achievement.

Walaubagaimanapun, perubahan yang berlaku bagi PUBG PC dan Mobile belum lagi mampu menyelesaikan masalah hacker/cheater. Penglibatan mereka sememangnya telah merosakkan komuniti game itu sendiri.

Pada hari ini, terdapat berita terkini melalui akaun Twitter Sammie Kang yang merupakan Community Lead di PUBG Santa Monica. Sammie Kang telah mendedahkan bahawa PUBG akan mendapatkan perubahan besar selepas acara PUBG Global Invitational 2018, yang akan berakhir pada 29 Julai.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas pengguna Twitter, Kevin O’Connell, menyatakan kekecewaannya terhadap game tersebut.

Bagi menanggapi hal tersebut, Kang menyatakan bahwa PUBG akan meningkatkan kapasiti UI/UX dan memperbaiki gameplay PUBG lebih baik lagi secara keseluruhan.

Walaubagaimanapun Kang tidak memberikan rincian perubahan yang bagaimana bakal dilakukan. Hanya memberitahu bahawa patch akan dikeluarkan selepas acara PGI.

Semoga update tersebut dapat menyelesaikan masalah fundamental seperti hacker dan meningkatkan kualiti gameplay.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.