Ini Perubahan Besar Yang Dilakukan PUBG Mobile Dalam Update 0.7.0!

0 1,294

Bagi anda yang jarang atau main secara berkala game PUBG Mobile, PUBG Mobile kini telah melancarkan update 0.7.0! Pemain PUBG dah boleh install update di google playstore. Standby Wifi ya.

Update pada kali ini seperti update sebelumnya, beberapa inovasi telah dilakukan dalam corak permainan untuk tingkatkan lagi kepuasan bermain. Dengan update yang menelan kapasiti lebih dari 1GB ini , tentu anda dapat jangkakan banyak perubahan yang dilakukan oleh develepor PUBG Mobile. Ok, Team Moshed akan kongsikan kepada anda beberapa update yang dilakukan;

1. War Mode

Perubahan di Mobile ini sama seperti yang dilakukan di PC iaitu War Mode akan menempatkan 100 pemain dalam map yang kecil dan menambahkan kemampuan untuk respawn. Para pemain akan mendapatkan 3 mata dengan setiap kill, 1 mata untuk knockout, dan 1 mata untuk recover. Pemain yang mendapatkan jumlah 100 mata paling awal akan memenangi permainan ini.

2. Sistem Achievements

Beberapa pembaharuan telah dilakukan mulai dari BP sehingga Components yang dimana anda kumpulkan bagi menukarkannya dengan Crate secara percuma.

3. Region Customization

Info kewarganegaraan akan muncul dalam info rakan pemain dan hal ini akan berguna dalam mode War Zone nanti.

4. Skin

Terdapat bebrapa penambahan dalam skin senjata, pesawat dan kenderaan.

5. Perubahan User Interface dan Background

Anda akan dapati beberapa perubahan dalam user interface ketika anda log in dan masuk ke lobby. Anda juga akan dapati background lobby kembali seperti asal.

6. Tambahan Scope 3x dan 6x

Mungkin ini yang ramai pemain PUBG harapkan kerana perubahan ini akan mempengaruhi corak permainan anda. Dalam update ini, PUBG Mobile hadirkan kelengkapan perang terbaru iaitu Scope 3x dan juga Scope 6x.

Yang belum update, jangan lupa update. Sediakan Wifi.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.