5 Game Menarik Yang Patut Anda Tinjau Pada Bulan Julai Ini

0 865

Walaupun tidak begitu banyak game yang dikeluarkan pada bulan ini, namun anda dapat meninjau 5 games seperti dalam senarai dibawah daripada 15 game baru yang dikeluarkan pada bulan Julai. Kebanyakkan game dikeluarkan di beberapa platform seperti PC, konsol dan Nintendo, justeru tarikh pengeluaran mungkin berbeza.

 

1. Red Faction: Guerrilla Remastered

Baru-baru ini THQ Nordic sebagai penerbit game telah melancarkan game Red Faction: Guerrilla Re-Mars-tered pada 3 Julai 2018 di PC, Playstation 4 dan Xbox One .

Game ini memakai konsep sudut pandang ketiga dan berlatar belakang kawasan di planet Marikh. Jika anda pernah main game Red Faction anda tentu tahu bahawa anda akan berperanan sebagai pejuang pemberontak dengan gerakan Red Faction yang baru dibentuk. Berikut adalah video bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

2. Warhammer 40,000: Inquisitor – Martyr

Game yang diterbitkan oleh Neocore ini telah dikeluarkan pada bulan Jun di versi PC dan dijangka keluar di konsol pada bulan ini atau Ogos.

Warhammer 40,000: Inquisitor – Martyr sebenarnya merupakan sebahagian dari game Warhammer 40,000. Sebuah game bercorak RPG yang memerlukan pemain berperanan seabgai Inquisitor iaitu pemburu kejahatan.

3. Earthfall

Earthfall merupakan game yang hampir sama seperti Left 4 Dead cuma bezanya ialah game ini anda akan tidak akan berlawan dengan zombi tetapi dengan alien. Game ini telah dikeluarkan pada 13 Julai ini di PS4, Xbox One dan PC.

4. Mega Man X Legacy Collection 1 & 2

Game ini akan dikeluarkan dalam siri yang terpisah pada 24 Julai ini di PS4, Xbox One, Switch dan PC. Mega Man X Legacy Collection 1 & 2 mengajak pemain bernostalgia dengan kembali mengembara sebagai Blue Bomber di permainan pertama sehingga game pada tahap tertentu.

5. Sleep Tight

Sleep Tight merupakan game yang sangat menarik terutamanya kepada kanak-kanak yang akan dikeluarkan pada 26 Julai ini di PC dan Switch. Game ini merupakan kombinasi unik antara permainan shooter top-down dan game bergenre strategi. Game ini juga memakai latar belakang fantasi masa kecil. Anda boleh membangunkan pertahanan di bilik tidur dengan hanya berbekal selimut dan bantal kerana malam hari anda harus bersedia melawan monster.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.