Kes Kekerasan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Semakin Meningkat Disebabkan Game Fortnite ?

0 1,994

Kekerasan dalam video game merupakan polemik yang tidak pernah habis dibincangkan dalam berbagai lapisan masyarakat. Sebahagian orang berpendapat bahawa game yang memiliki unsur kekerasan, boleh mendatangkan kesan kepada kehidupan manakala sebahagian pula berpendapat sebaliknya.

Baru-baru ini terdapat laporan di Scotland, dimana seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang bersekolah di South Ayrshire telah melakukan aksi yang menjerumuskan kepada kekerasan. Budak tersebut telah menjadikan pisau sebagai alat bermain, mujur tiada siapa yang cedera ketika itu berikutan tindakan pantas pihak polis.

Rentetan daripada kejadian tersebut dan populariti game Fortnite Battle Royale dalam kalangan kanak-kanak di Scotland, pihak guru telah menyalahkan game Fortnite yang menjadi pemicu kekerasan dalam kalangan kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan apakah faktor para guru menyalahkan game Fortnite. Namun di sisi lain, beberapa pihak mengambil hal positif dari populariti Fornite. Seperti menjadikan Fortnite sebagai salah satu sebagai alat merapatkan hubungan atau membuka peluang untuk menjadi seorang pemain eSport.

Apapun, ibu bapa mungkin boleh ambil ikhtibar daripada kejadian-kejadian yang telah berlaku  agar mengawal cara-cara kanak-kanak bermain video game, terutamanya kanak-kanak yang masih kecil. Kerana segelintir kanak-kanak yang masih kecil belum boleh membezakan dunia realiti dan dunia virtual sepertimana orang dewasa. Selain itu, ibu bapa juga boleh memilih game-game yang lebih sesuai dan menghadkan masa permainan video.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.