Square Enix Umumkan Olahan Game Octopath Traveler Untuk Telefon Pintar!

0 38

Octopath Traveler merupakan Game RPG yang menggabungkan unsurk reka grafik HD- 2D dengan kesan 3D oleh Square Enix yang dikeluarkan di Nintendo Switch pada tahun lepas. Game tersebut itu laris dijual sehingga kehabisan stok ketika ia dilancarkan.

Octopath Traveler menawarakan kepada anda sebuah cita rasa RPG klasik yang dikemaskini dalam bentuk baru dan berbeza.

Developer Square Enix telah menawarkan pendekatan gameplay yang unik, dimana setiap watak akan mempunyai fungsi dan kemampuan yang berbeza disaat pengembaraan dilakukan.

Kini game tersebut telah diolah semula dan hadir dalam bentuk game prequel di telefon pintar secara percuma. Game tersebut bertajuk Octopath Traveler: Champions of the Continent. Buat masa ini anda sudah boleh buat pra daftar di website rasmi mereka . Cuma sayangnya ia dalam bahasa Jepun pada ketika ini bagi pra daftar yang sekarang.

Permainan ini akan mensajikan beberapa watak utama yang berbeza yang memiliki kisah peribadi mereka. Sebagai pemain, anda dapat memilih salah satu antara tiga champion sebagai krakter utama.

Sementara anda tunggu sequel Octopath Traveler di konsol boleh mainkan game ini dahul. Game sequel masih dalam fasa pembangunan.

Ini trailer terbaru game tersebut.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.