Rules of Survival : 3 Tempat Terbaik Untuk Anda Mendarat Dan Berperang

0 430

Rules of Survival atau ROS merupakan permainan yang dihasilkan oleh NetEase Games. Jika anda pernah main PUBG anda akan temukan kemiripan di ROS. ROS merupakan pesaing ketat kepada PUBG yang berorietasikan Survivor Royal. Selain itu, Fortnite juga menawarkan game yang hampir serupa.

Untuk artikel pada kali ini, kami ini kongsikan tips tempat-tempat yang patut anda pertimbangkan untuk mendarat. Sebab dimana anda mendarat akan mempengerahui corak permainan anda nanti.

Anda mesti buat pilihan sama ada ingin main mode attack atau defend, jika anda memilih untuk membiarkan mereka melawan sendiri maka pilih tempat yang tidak ramai orang. Jika anda memilih untuk fight dan kejar kills maka anda harus pertimbangkan tempat ini.

Tempat ini menyediakan banyak senjata, yang anda boleh pick up dan terus berlawan. Takkan nak berlawan guna tangan kosong kan.

1. Bitter Lake

  • Tempat ini merupakan antara tempat yang memliki keluasan yang terbesar.
  • Tempat ini juga ditengah dimana ia beri anda satu kelebihan sudah, apabila kesan safe zon berlaku anda mudah bergerak.
  • Tempat ini memiliki banyak bangunan, mudah untuk cari senjata dan bersembunyi.

2. Rust bay

Rust bay sedikit jauh daripada tengah peta tetapi ia memiliki senjata yang banyak dan kelengkapan. Ramai pemain yang suka mendarat disini maka harus bersedia untuk perang.

3. Training Base

Tempat ini high risk, high rewards. Luas kawasan agak kecil dan hampir dengan Bitter lake, dimana peperangan sering berlaku dan akan beralih ke Training Base. Tempat ini mudah untuk dapatkan kenderaan dan senjata yang ditawarkan juga memuaskan.

Tambahan

Tempat lain yang boleh dipertimbangkan juga ialah tempat-tempat dibawah.

4. Research Edifice

Tempat ini terdapat beberapa loot, tetapi kebanyakkan penawaran senjata adalah lebih kepada asas. Anda juga mudah untuk bergerak daripada tempat lain.

5. Safe Store

Terdapat juga beberapa pilihan untuk loot termasuk senjata yang memiliki damage yang tinggi seperti assault rifles. Tetapi tempat ini hampir dengan Wheat Town, dimana pemain banyak mendarat disini. Jadi harus bertindak cepat.

Thermal Power juga boleh dipertimbangkan sebab tidak banyak trafik dan terkadang terdapat sniper rifle dan scope.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.