Peminat Fortnite: Kini Anda Dapat Lakukan Temuduga Kerja Sambil Bermain Game

0 1,038

Temuduga/Interview melalui telefon, skype dan sosial media mungkin korang dah biasa dengar. Tetapi bagaimana dengan temuduga sambil bermain game? Kalau berlaku pun mesti rare kan.

Baru-baru ini, sebuah syarikat pengiklanan, Dare.Win telah menawarkan enam jawatan kosong untuk syarikatnya yang beroperasi di France. Yang menariknya, syarikat ini melakukan proses temuduga kerja ialah melalu bermain game Fortnite.

Calon temuduga diminta untuk menambah Dare.Win ke dalam Playstation Network dan mereka akan ditemudga melalui platform. Syarikat tersebut telah memilih konsol PS4 sebagai medium. Hal ini bermakna, mereka yang tidak menggunakan PS4 tidak akan dapat mengikuti proses temuduga.

Yang penting, calon tak perlu risau dengan kemahiran mereka dalam bermain Fortnite, kerana syarikat tersebut tidak akan menilai kemampuan mereka dalam bermain Fortnite. Yang akan dinilai ialah bagaimana sesorang itu mengambil keputusan dan mengatasi masalah yang terjadi ketika permainan. Alasaan Dare.Win, cara bagaimana permainan dikendalikan akan men unjukkan sejauh mana sifat seseorang itu.

Dalam masa yang sama, soalan-soalan temuduga akan ditanyakan ketika permainan berlangsung.

Untuk korang yang berminat dengan kerja kosong yang ditawarkan, boleh la cuba apply di laman whothehellisdarewin  dengan simak prosedur dan peraturan. Mana tahu ada rezeki korang.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.