Dendam Lama Terbalas – Team Secret Meraih Gelaran Juara Dalam Chongqiang Major!

0 1,885

Pada 27 Januari 2019 baru-baru ini, telah berlangsung sebuah pertandingan besar pada peringkat akhir bagi game Dota 2 iaitu acara pertandingan Chongqiang Major. Peringkat akhir tersebut telah mempertemukan dua pasukan yang mempunyai nama besar iaitu Team Secret dan Virtus Pro.

Kedua pasukan ini pertnah bertemu dalam acara grand final Kuala Lumpur Major. Dalam acara Kuala Lumpur Major, Virtus pro telah menumpaskan Team Secret dan lantas merebut gelaran juara. Namun dalam acara Chongqiang Major, hal sebaliknya yang berlaku dimana Team Secret telah berjaya menewaskan Virtus.pro dengan skor sebanyak 3-1. Nampaknya dendam lama akhirnya terbalas.

Banyak hal tidak terduga berlaku dalam babak playoff apabila Thunder Predator yang merupakan pasukan pengganti dari Amerika Selatan berhasil mengalahkan The Pango. Dalam masa yang sama, J.Storm menumpaskan Forward Gaming. Tetapi sayangnya perjalanan mereka terhenti di lower bracket.

Pada babak awal upper bracket pula, Team liquid telah ditumpaskan oleh Team Secret dan menjadi kumpulan yang awal tersingkir.

Disisi lain, walaupun pertandingan ini banyak disertai oleh pasukan China, namun keempat-empat pasukan tersebut tidak berjaya menempah nama dalam 3 pasukan terbaik. Yang paling hampir hanya pasukan PSG.LGD yang menduduki tempat keempat.

3 tempat terbaik telah direbut oleh Evil Geniuses, Virtus.Pro dan Team Secret. Virtus pro antara pasukan yang menampilkan prestasi cemerlang dari babak playoff sehinggalah peringkat akhir. Namun nasib tidak menyebalahi mereka, mereka terpaksa akur dengan kehebatan Team Secret pada peringkat grand final.

Berikut adalah senarai pemenang dan hadiah yang didapatkan;

  1. Team Secret = 4,950 DPC Poin (US$350,000)
  2. Virtus.pro = 3,000 Poin (US$170,000)
  3. Evil Geniuses = 2,100 Poin (US$100,000)
  4. PSG.LGD = 1,350 Poin (US$80,000)

Dengan ini kita dapat ketahui Team Secret dan Virtus.pro telah menempah nama untuk The International 2019. Tahniah buat Team Secret.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.