GTA 6 Bakal Keluar Pada Tahun 2019? Ini Kenyataan Rockstar Games.

0 1,154

Sejak semalam terdapat berita yang membuatkan dunia gamers agak riuh terutamanya gamer GTA V, dimana terdapat sebuah pesan atau pop up message yang tersebar kepada para player GTA V di seluruh dunia bahawa GTA VI akan hadir pada 2019. Khabar angin ini telah membuatkan banyak spekualsi dalam kalangan gamers.

Ramai gamers yang mengatakan bahawa mereka mendapati pesan yang serupa. Pesan ini terus muncul namun yang hairannya seperti dinyatakan oleh GamesRadar bahawa pesan ini hanya diterima oleh platform PC, PS3, dan Xbox 360. Berbeza dengan player di PS4 dan juga Xbox One yang sepertinya tidak mendapatkan pesan-pesan seperti ini.

Ada yang mengatakan bahawa pesan tersebut adalah datang dari Rockstar sediri seabgai tujuan promosi. Namun ramai yang membantah kerana Rockstar juga akan mengeluarkan Red Dead Redemption 2, ia sangat tidak masuk akal bahawa kedua-dua game akan keluar dalam jangka waktu terdekat. Hal ini kerana biasanya Rockstar mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan game bersiri mereka yang seterusnya. Sebab lain adalah hal ini adalah pekerjaan dari modder disebabkan player platform PC, PS3, dan Xbox 360 yang dapat pesan tersebut.

Ini Team Moshed membawa kenyataan rasmi Rockstar menerusi laman Twitter.

Pesanan yang timbul itu adalah satu penipuan yang berasal dari modder dan ia bukan kenyataan atau pesanan rasmi dari Rockstar Games. – Rockstar Support

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.