Game-Game Menarik Yang Akan Dikeluarkan Pada Bulan Julai 2018

0 1,100

Ramai gamers yang tidak begitu puas dengan keluaran game pada bulan lepas kerana tidak banyak game menarik yang keluar. Tambahan pula ditengah jualan musim panas di Steam menyebabkan gamers mengambil peluang untuk merebut durian runtuh.

Bagi bulan ini kita dapat lihat kebanyakkan keluaran game banyak dipenuhi game remake yang dapat mengembalikan nostalgia lama dan tidak sebanyak bulan April dan Mei. Di sini Team Moshed hadirkan beberapa game sahaja yang dikeluarkan pada bulan Julai di beberapa platform seperti Switch, PS4, Xbox One, dan PC;

1. Red Faction Guerrilla: ReMarsTered
PS4, Xbox One, PC – 3 Julai

Gamer-gamer veteran mesti familiar dengan franchise Red Faction dan game Guerrilla antara game siri terbaik yang menarik untuk dimainkan. Edisi ‘Re-Mars-Tered’, THQ Nordic akan menghadirkannya di sistem game generasi terkini dengan pelbagai penambahan.

2. Captain Toad: Treasure Tracker
Switch dan 3DS – Julai 13

Game permainan puzzle action ini akan dihadirkan dalam mode multiplayer dan tema-tema permainan banyak di inspirasi oleh Super Mario Odyssey.

3. Earthfall
PS4, Xbox One, PC – Julai 13

Game ini telah tersedia di Steam dalam bentuk early access. Pada 13 Julai ini, pemain boleh dapatkannya dalam bentuk free access. Game ini merupakan game shooter yang berkonsepkan hampir serupa dengan Left 4 Dead, cumanya ia bukan zombie tapi Alien.

4. Octopath Traveler
Switch – Julai 13

Pemilik konsol Switch akan mendapatkan game JRPG baru pada bulan ini. Dimana pemain seabgai salah seorang daripada 8 orang pengembara yang memulakan perjalanan yang berbeza. Memakai konsep visual 3D begrgaya voxel.

5. No Man’s Sky
Xbox One -Julai 24

Dua tahun lalu game ini telah dilancarkan di platform PC dan PlayStation 4. Pada bulan ini, gamer boleh menikmatinya di Xbox One.

6. Mega Man X Legacy Collection 1 & 2
PS4, Xbox One, Switch, PC – Julai 24

Game ini hadir dalam dua bundle yang terpisah. Capcom mengajak anda menikmati game kesukaan anda pada awal tahun 2000 keatas dahulu dalam versi yang lebih baru.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.