Streamer Terkenal Game Fortnite ‘Ninja’ Kecundang Dalam Peringkat Kelayakan Fortnite World Cup?

0 1,946

Sebagaimana anda ketahui, bahawa ketika ini sebuah acara besar game Fortnite sedang berlangsung iaitu Fortnite World Cup. Cuma sekarang, pertandingan peringkat dunia itu baru pada  fasa kelayakan atas talian (online qualifacation).

Jutaan pemain Fornite seluruh dunia telah megambil bahagian dalam pertandingan ini termasuk streamer terkenal Ninja (Tyler Blevins) dan Tfue (Turner Tenney). Tentu sahaja dua individu ini akan menjadi pusat perhatian ramai orang dan ramai yang mengharapkan bahawa mereka berada di peringkat akhir.

Namun malangnya, nasib tidak menyebelahi Tyler “Ninja” Blevins dan Turner “Tfue” Tenney, dimana mereka tidak berjaya melayakkan diri dalam peringkat kelayakan.

Ninja hanya mampu mencatat jumlah mata sebanyak 53 mata sehingga menyebabkan beliau berada di tangga ke-130 bagi server North America East (NA East). Manakala streamer popular Tfue yang aktif di Twitch juga gagal untuk layakkan diri di peringkat seterusnya.

Buat mereka yang layak dalam semua tahap kelayakkan akan melayakkan diri ke peringkat akhir Fortnite” World Cup yang akan diadakan bermula 26 Julai sehingga 28 Julai di New York City. Acara ini menawarkan $30 juta sebagai hadiah keseluruhan.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.