5 Fakta Mengejutkan Tentang Mobile Legend – Nombor 4 Buat Orang Malaysia Sentap!

0 2,404

Mobile Legend merupakan salah satu game yang mendapat tempat di hati penduduk malaysia. Saya selalu terlihat orang melepak di mamak semata-mata nak guna Wi-Fi free sambil bermain Mobile Legend beramai-ramai. Sehinggakan dating di mall pun sempat lagi diorang main ML. Hehe. Kali ini kami nak menceritakan 5 fakta menarik tentang Mobile Legend.

#1 Mobile Legends pernah didakwa oleh League Of Legends kerana menciplak gameplay, hero, map dan skill dari game berkenaan. Company yang menerbitkan League Of Legends, Riot Games, membawa Moonton, pembuat Mobile Legends, ke muka pengadilan Central District Court di California, USA.

#2 Dengan kolaborasi Huawei Malaysia, Mobile Legends pernah menganjurkan e-sports tournament iaitu South-East Asia Cup Qualifier Finals di Tropicana City Mall, Petaling Jaya, Selangor dengan total prize pool sebanyak $10,000 USD bersamaan RM42,830.

#3 Selalunya game MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) hanya boleh di control menggunakan keyboard, namun, oleh kerana kreatifnya Moonton, mereka boleh menghasilkan game MOBA yang boleh dicontrol hanya menggunakan analog! Mobile legend merupakan satu-satunya game MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) yang boleh di control hanya menggunakan analog atau skrin layar di Handphone. Power kan?

#4 Gatot Kaca merupakan Hero yang diadaptasi dari Cerita Budaya Indonesia.
Moonton mengeluarkan Hero ini sebagai tanda penghargaan kepada Indonesia kerana memiliki pemain kedua paling banyak di dunia. Dikhabarkan, Moonton juga ingin mengeluarkan Hero bernama Hang Tuah iaitu Pahlawan Lagenda Tanah Melayu

#5 Mobile Legend baru dikeluarkan pada hujung tahun 2016 namun telah didownload lebih dari 50 juta kali! Boleh dimainkan oleh semua lapisan umur tanpa mengira lelaki atau perempuan. Jum main sama-sama guys!

Haa korang yang main mobile legends tu. Mana tahu lepas ni Moshed Gaming nak sponsor Team Mobile Legend pergi tournament ke? Korang berminat tak? Stay Tuned!

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.