PUBG Mobile Hadirkan Update Beta 0.12.0: Ada RPG, Mod Zombi Baru & Banyak Lagi!

0 1,709

PUBG Mobile baru-baru ini telah mendapatkan beta update 0.12.0. Update terbaru ini telah menambahkan beberapa feature, mode dan senjata baru.
.

Berikut kami kongsikan beberapa penambahan yang telah dihadirkan di PUBG Mobile.

1. Senjata Baru

Yang paling menarik dalam update kali ini ialah senjata baru yang banyak diidamkan oleh ramai pemain PUBG iaitu yang pertama ialah senjata RPG-7. Senjata ini merupakan sejenis Bazuka atau Rocket Launcher yang boleh pemain gunakan.

Senjata kedua ialah tawaran istimewa bagi mereka yang suka menggunakan panah atau crossbow iaitu Explosive Crossbow. Panahan Explosive Crossbow akan menghasilkan letupan jika terkena sasaran.

Setakat ini belum diketahui apakah senjata ini hanya akan hadir pada semua mode PUBG Mobile atau hanya pada mode zombi sahaja.

2. Feature Companion

Feature ini merupakan sebuah tambahan yang tidak disangka-sangka, dimana akan terdapat seekor helang yang akan menemani pemain selama permainan. Helang ini akan hinggap di bahu pemain.

Tidak perlu risau kerana musuh tidak akan nampak helang ini jika kita memilih untuk membawa masuk dalam permainan. Boleh juga sekadar membiarkan di lobby. Menariknya helang ini boleh naik level jika dibawa bertempur.

3. Mode Zombi Baru

Mode zombi baru ini ditambahkan di dalam event mode. Dalam mode ini pemain dikhendaki mengumpulkan segala kelengkapan pada waktu pagi dan berperang pada waktu malam seperti mode dalam game Left for Dead. Nama mode ini ialah Infinity: Darkest Night.

“collect supplies during the day and fend off Zombies at night. Survive until the rescue arrives to win”.

4. Quick Chat

Kalau sebelum ini Quick Chat hanya suara perempuan sahaja, maka kali ini akan dihadirkan suara lelaki.

5. Pilihan Warna Corsshair yang lebih pelbagai.

Crosshair merupakan sasaran menembak di bahagian tengah. Update terbaru ini membolehkan pemain mengubah warna crosshair dan boleh mengubah sesuai dengan jenis scope.

6. Friendly Spectate

Feature ini membolehkan pemain untuk melihat data dan maklumat pemain lain. Pemain dapat melihat data rakan-rakan yang sedang bermain termasuk memeriksa beberapa banyak pemain yang sedang menonton.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.