Tiga Game PC Yang Paling Terkenal Di Dunia

0 1,703

Kepada peminat setia game PC tu, korang nak tahu tak game apa yang paling top sekali sekarang ni mengikut kajian Steam Chart? Untuk slot Moshed Gaming pada kali ini, kami akan mencerita kan tentang TOP 3 game di Steam pada hari ini.

#1 PUBG

PUBG atau PlayerUnknown’s BattleGrounds merupakan game perang bergenre FPS (First Person Shooter) dan online multiplayer, atau kita selalu panggil, game tembak-tembak, dimana semua player yang ada mestilah saling membunuh antara satu sama lain sehingga tinggal seorang sahaja yang survive dalam game ini dan akan dinobatkan sebagai pemenang. Dalam bahasa PUBG nya, “Winner Winner Chicken Dinner.” Untuk menang, korang takyah dapat kill paling banyak pun takpe, tapi korang mestilah menjadi player yang berjaya membunuh orang terakhir. Baru lah POWER!

Korang boleh jugak bermain secara berpasukan atau Team dengan maksimum 4 player satu team so boleh lah “Winner Winner Chicken Dinner” sama-sama 🙂

Mengikut kajian Steam Chart dalam masa 30 hari ini, game pubg berada di tangga paling atas memonopoli semua game-game yang lain dengan jumlah hampir 3 juta pemain yang bermain dalam satu-satu masa. Haaaa, korang dah cuba ke belum?

#2 DOTA 2

Game Dota 2 berada di tangga kedua Carta Steam dengan jumlah tertinggi 779,229 pemain yang bermain dalam satu-satu masa. Wow!

Dota 2 (Defense of the Ancient) adalah sebuah game strategi free-to-play yang boleh di download secara percuma di Steam. Ia diterbitkan oleh Valve Corporation. Terdapat dua team yang mempunyai lima pemain bagi setiap team. Setiap team mestilah defend Tower dan Ancient mereka dari dimusnahkan oleh pihak lawan. Semua pemain boleh memilih “hero” masing-masing yang mempunyai skill unik dan gaya permainan yang berbeza. Semasa perlawanan, pemain mengumpulkan experience level dan item untuk hero mereka. Semakin tinggi level hero dan mempunyai item yang kuat, semakin mudah untuk mereka memenangi pertempuran atau “war”. Team pertama yang berjaya menghancurkan “Ancient” team lawan akan menjadi pemenang game tersebut.

Dota 2 dinobatkan sebagai sebuah game yang mempunyai prize pool paling tinggi di dunia semasa The International 7, pada tahun 2017 bertempat di Seattle, USA sebanyak $24,687,919.00 Juta USD. Pasukan yang menjuarai Ti7 iaitu Team Liquid membawa pulang hadiah sebanyak $10.8 Juta USD. Haa, korang dah boleh dah tu jadikan e-sports sebagai career korang hehe.

#3 CSGO

Counter-Strike: Global Offensive adalah sebuah game multiplayer bergenre FPS (First Person Shooter), senang cerita game tembak-tembak lah. Diterbitkan oleh Hidden Path Entertainment dan Valve Corporation. Terdapat dua team yang mempunyai lima pemain bagi setiap team; the Terrorists dan Counter-Terrorists. Tugas team Terrorists ialah “plant bomb” C4 di bomb site sambil menghapuskan team Counter-Terrorists kerana tugas Counter-Terrorists adalah membunuh terrorists dan defuse atau meredakan bom yang telah di tanam oleh Terrorist tadi.

Berada di tempat ke tiga dengan jumlah pemain sebanyak 686,588 pemain yang bermain pada satu-satu masa. Korang boleh lah beli game ni di Steam dengan harga Rm31.00 sahaja. Best weh!

Kat bawah ni bukti ranking game kat atas dan seterusnya:

Kepada korang yang belum ada account Steam, boleh lah register dan install Steam di https://store.steampowered.com/ jadi takdelah korang terlepas main game yang power-power ni kan.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.