Ini Hasil Pendapatan Sebulan ‘Raja Twitch- Ninja Pada Tahun 2018!

0 2,414

Ini Hasil Pendapatan Sebulan ‘Raja Twitch- Ninja Pada Tahun 2018!

Adakah bermain game dapat hasilkan wang atau dapat menjadi kaya? Itu merupakan salah satu persoalan yang selalu didendangkan. Bagi mereka yang skeptikal bahawa bermain game kini sudah dapat menjadi salah satu cara membuat duit, boleh baca kisah seorang pemuda yang bernama Tyler Blevins ini.
.

Pada usia baru 27 tahun, Tyler ‘Ninja’ Blevin yang berasal dari Detroit, US ini telah menghasilkan pendapatan sebanyak US$10 juta atau RM 41.3 juta setahun.
.

Blevins yang lebih dikenali dengan nama Ninja merupakan nama yang sudah tidak asing lagi dalam industri game terutamanya dalam penggemar game Fortnite (salah satu game paling top di dunia).
.

Ninja dapat dikatakan antara pemain yang paling hadal dalam game Fortnite. Berdasarkan data Fortnite Tracker, Ninja telah mencatat 95,140 kills (hampir mencecah 100 ribu). Pada baru-baru ini pula, beliau telah menjadi individu pertama yang mendapat 5,000 Victory Royale sepanjang game itu dikeluarkan.
.

Selain kehandalan beliau dalam game Fortnite, Ninja juga merupakan Raja dalam Twitch (sebuah platform untuk streamer), beliau memegang rekod pemain game yang paling banyak ditonton live-streaming di Twitch iaitu dengan angka 628 ribu penonton. Lihat sahaja subscribernya, pengikut NInja telah mencapai 12.5 juta pada ketika ini. Di Youtube pula, pengikut Ninja sudah mencapai 20 juta orang.
.

Fakta yang mungkin tidak ramai orang tahu, Ninja juga merupakan pemain yang terlibat dalam arena Esports. Beliau pernah terlibat dalam pasukan terkenal seperti Cloud9, Team Liquid, dan Renegades. Beliau juga pernah menang banyak pertandingan termasuk MLG Fall Championship 2012. Bukan sekadar game Fortnite, Ninja juga mahir dalam game PUBG, beliau dan pasukan Luminosity Gaming pernah juara dalam PUBG Gamescom Invitational.
.

Berapakah Pendapatan Yang Diraih Ninja Setiap Bulan?

Baru-baru ini, iaitu pada akhir tahun 2018, sebuah media besar CNN telah menemu ramah NInja. Dari situ beliau mendedahkan bahawa, beliau menghasilkan pendapat US$500,000 atau melebih RM2 juta untuk setiap bulan.
.

70% pendapatan datang daripada pengiklanan yang muncul di Youtube dan Twitch. Dalam masa yang sama, Ninja juga mendapatkan pendapatan melalui tajaan dari Samsung, Uber, Red Bull dan lain-lain lagi.
.

Info tambahan untuk setiap langganan di Twitch, anda akan mendapatkan pendapatan sehingga US$3.5. Pesaing terdekat NInja di Twitch ialah riotgames dengan jumlah pengikut 3.3 juta.
.

 

Moga dengan kisah ini korang dapat ambil inspirasi dan motivasi untuk terus push kerjaya korang dalam gaming.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.