4 Senjata Pembunuh Terbaik Dalam Rules Of Survival Yang Patut Anda Miliki

0 1,928

Pada entry yang lain, Team Moshed ada kongsikan pemilihan senjata bagi game Battle Royale PUBG. Anda boleh baca disini https://moshedgaming.com/7-senjata-yang-digeruni-oleh-musuh-anda-dalam-pubg-mobile/ . Untuk kali ini, kami akan kongsikan Senjata Terbaik khususnya Rifle dalam Rules Of Survival.

Bagi gameplay yang cantik,kami cadangkan pemain seharusnya menggunakan kombinasi Rifle dengan Shotgun atau Rifle dengan SMG. Senjata Rifle berfungsi bagi jarak sederhana bahkan jauh manakala shotgun/SMG digunakan untuk menembak musuh jarak dekat.

Disini kami kongsikan 4 senjata rifle terbaik dalam ROS yang patut anda miliki salah satunya untuk terus survive dengan lebih mudah;

1. AKM

AKM antara senjata yang memberi damage tertinggi tetapi ia juga memliki recoil yang paling tinggi. Dari sudut attachment, anda boleh lengkapi dengan muzzle, scope dan mag.

Kadar tembakan AKM ialah 0.125m bermaksud 1 tembakan setiap 0.125 saat. Berdasarkan pengalaman ramai pemain, AKM memberi damage yang paling banyak berbanding senjata rifle yang lain.

Anda boleh lengkapi ia dengan compensator tetapi ia tidak membantu dari sudut recoil sangat. Hanya sedikit perubahan masa.

2. M4

M4 memiliki banyak attachment yang boleh dilengkapi berbanding rifle lain. Justeru anda boleh lengkapnya dengan attachment bagi mempertingkatkan potensi senjata tersebut.

Kadar tembakan M4 ialah 0.112, lebih pantas daripada AK namun kadar damage adalah kurang berbanding AKM. M4 memberi kesan damage yang sederhana maka dengan itu lebih mudah untuk mengawal recoilnya.

Admin cadangkan lebih baik untuk gunakan M4 bagi pengawalan recoil apatah lagi jika dilengkapi dengan item-item yang tepat. Jika main solo, senjata ini patut sangat dipertimbangkan.

3. AR15

Kebanyakkan pemain menganggap senjata ini merupakan rifle automatik terbaik dalam ROS. Ia boleh dilengkapi dengan muzzle, grip, scope dan mag.

Hampir sama dari sudut attachement dengan M4. Yang menariknya, AR15 memilki kadar tembakan yang lebih tinggi berbanding M4 dan AKM iaitu 0.097.

Namun damage yang ditinggalkan adalah sama seperti M4. Maka disebabkan itu AR15 adalah senjata pembunuh yang bagus.

4. M14EBR

Senjata ini dikenali sebagai sniper rifle. M14EBR sukar untuk didapati menyebabkan ia memiliki beberapa kelebihan.

Ada 2 modes iaitu single shot dan burst fire mode. Single shot mudah untuk dikendalikan manakala burst mode mempunyai kadar tembakan yang lebih tinggi berbanding single shot namun sukar dikawal.

Senjata ini bagus untuk jarak sederhana dan jauh. Jika anda mempunyai 4x atau 8x scope maka sangat sesuai untuk gunakannya pada senjata ini. Tetapi ramai pemain berpendapat bahawa ia kurang efisien bagi tembakan jarak dekat.

Bagi kombinasi anda boleh menggandingkan mana-mana senjata di atas dengan Sub Machine Gun / SMG atau Shotgun. SMG adalah senjata jenis ringan, maka pemain mudah untuk bergerak dan memiliki fire rate yang tinggi cuma damage yang ditinggalkan tidak begitu tinggi. Justeru ia baik untuk jarak dekat. Untuk SMG boleh pertimbangkan Thompson. Shotgun pula memberi damage yang tinggi bagi jarak dekat.

Penyesuaian senjata adalah bergantung kepada keadaan, jika anda main secara pasukan maka suaikannya dengan peranan yang dimainkan oleh anda.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.