Pelanggan Unifi Dapat Menikmati Kelajuan Internet Sehingga 800 Mbps Mulai Bulan Depan!

0 1,304

Unifi pada Khamis baru sahaja mengumumkan plan Unifi terbaru yang akan menawarkan perkhidmatan lebih pantas sehingga 10 kali ganda daripada kelajuan semasa. Pelanggan sedia ada Unifi akan mendapat tambahan kelajuan sehingga 800Mbps!

Bermula pada 15 Ogos, pelanggan Unifi Home akan mendapat naik taraf broadband tanpa sebarang bayaran tambahan. Jika kelajuan Unifi anda adalah 30 Mbps, ia akan dinaik taraf sehingga kelajuan 300Mbps, manakala pelanggan 100 Mbps semasa akan dinaik taraf kepada kelajuan 800 Mbps.

Bagi anda yang belum mempunyai sebarang plan internet dengan Unifi, dinasihatkan supaya membuat pendaftaran sebelum akhir tahun ini.

Penaiktarafan kepada pelan-pelan sedia ada yang dikenali sebagai Pelan sokongan Turbo ini akan dilancarkan kepada pelanggan-pelanggan sedia ada bermula pada 15 Ogos 2018.

Selain itu, pihak Unifi juga akan menawarkan internet berkelajuan 30 Mbps kepada pelanggan golongan B40 iaitu isirumah berpendapatan bawah RM4,500 di mana plan ini hanya berharga RM79 dengan kuota data 60GB. Walaubagaimanapun, ia hanyalah internet basic sahaja tanpa hadir dengan perkhidmatan tambahan yang lain.

Pelanggan-pelanggan Streamyx sedia ada juga akan menerima naik taraf terhadap plan internet mereka. Mulai 15 Julai mereka boleh membuat permohonan naik taraf kepada Unifi, menurut pegawai urusan syarikat tersebut.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.