Game Adaptasi Anime Terkenal Tokyo Ghoul Bakal Dilancarkan Di PS4 Dan PC

0 736

Baru-baru ini Bandai Namco telah mengumumkan di Anime Expo 2018 bahawa game Tokyo Ghoul: re Call to Exist versi english akan hadir di platform Playstation 4 dan PC.

Tokyo Ghoul: re Call to Exist merupakan game yang diadaptasi dari anime popular yang menjadi trend dalam beberapa tahun ini. Dalam acara Anime Expo 2018, pihak Bandai telah mengeluarkan lebih banyak rincian berkenaan game tersebut termasuk pelancaran game  untuk PlayStation 4 dan PC kerana sebelum ini game ini dicadangkan hanya akan dikeluarkan secara eksklusif di konsol.

Tokyo Ghoul: re Call to Exist merupakan game action survival yang memakai perspektif orang ketiga. Anda akan dibahagikan menjadi pasukan Ghoul dan Investigator. Sebagai pemain, anda akan bertarung menggunakan Kagune ( Ghoul) atau Quinque (Investigator) dalam pertarungan.

Game ini juga dapat dimainkan secara online dan membolehkan pertarungan dalam jumlah pemain yang ramai. Selain itu jika anda juga boleh bermain bersama kawan-kawan melalui mode co-op battle.

Walaubagaimanapun, setakat ini jadual pelancaran Tokyo Ghoul: re Call to Exist masih belum diumumkan.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.