Streamer Terkenal PUBG Di ”Ban” Dari Permainan Game Tersebut – Ini Alasannya!

0 2,725

Mereka yang main game PlayerUnknown’s Battleground atau PUBG di PC tentu terpaksa berhadapan dengan isu hacker yang tidak kunjung selesai. Game ini yang masih mengandungi banyak hacker membuatkan pemain lain tidak senang dengan keadaan tersebut kerana hacker dapat mengeksploitasi kekurangan game dan menukarkannya kepada kelebihan.

Bagi menangani hal ini, PUBG telah mengambil insiatif seperti melasankan tindakan pengharaman/ban untuk satu jangka waktu atau hukuman yang lebih berat seperti pengharaman bermain PUBG buat selamanya dengan akaun tersebut.

Namun hukuman tersebut juga bukan sahaja dikenakan keatas orang yang menipu tetapi pemain-pemain lain yang memanfaatkan penipuan pemain lain juga akan terkena hukuman tersebut.

Tidak terlepas daripada hukuman tersebut, salah seoarang pemain dan streamer terkenal PUBG Michael “Shroud” Grzesie juga terpalit dalam isu ini.

Dalam streaming di atas, Shroud telah digoda oleh seorang hacker yang bernama “Wizard” untuk bermain bersama dalam permainan tersebut. Wizard boleh memindahkan kenderaan dengan cara menerbangkan kenderaan dari satu tempat ke satu tempat menyebabkan Shroud mengambil kesempatan untuk turut serta.

Atas alasan tersebut, Shroud dan rakan sepasukannya telah dihukumkan pengharaman bermain selama satu bulan oleh BattlEye dan juga developer PUBG.

Tindakan ini boleh dijadikan pengajaran bagi pemain diluar sana agar bermain secara adil.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.