Apex Legends Bakal Hadirkan Senjata Baru – Rocket Launcher Dan Flamethrower?

0 1,033

Baru-baru ini menerusi laman Twitter Apex Legends Leaks & News, akaun tersebut telah mendedahkan bahawa terdapat fail mengenai senjata baru.

Fail tersebut menunjukkan sebuah senjata bernama Rocket Launcher sedang dalam pembinaan. Hal ini tampak lebih mengyakinkan apabila terdapat sebuah kod ditemui -‘mp_weapon_rocket_launcher’.

Senjata Rocket Launcher ini bukanlah suatu perkara yang unik kerana game-game battle royale lain seperti Fortnite juga menggunakannya.

Selain senjata Rocket Launcher, juga terdapat ura-ura bahawa Respawn akan hadirkan senjata Flamethrower. Akaun yang sama turut melaporkan, ada pihak yang menjumpai fail seperti flamethrower dan remote turret.

Walaubagaimanapun, belum terdapat kenyataan rasmi lagi namun hal tersebut tidak mustahil kerana kes sebelum ini, gosip berkenaan sejata havoc menjadi kenyataan.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.