Game Street Fighter V Arcade Edition Kini Percuma Untuk Tempoh Terbatas!

0 1,892

Siapa yang tak kenal dengan game Street Fighter. Bagi yang lahir 90an yang jenis main mesti pernah cuba main di arkade. Game ini mula diperkenalkan pada tahun 1987 yang diterbitkan oleh Capcom. Berikutan sambutan yang begitu menggalakkan, Street Fighter telah diadaptasi ke beberapa permainan konsol pada ketika itu seperti Amiga, Amstrad CPC, Commodore 64, ZX Spectrum, dan TurboGrafx-CD. Pada tahun 2009, konsol Wii juga membolehkan permainan ini.

 

Game ini memang nostalgia pada zaman kita kanak-kanak dulu. Dari bermain di video game kemudian PC kemudian konsol dan akhir sekali mobile.

Bermula pada hari Isnin, Capcom telah menawarkan tawaran menarik kepada penggemar game Street Fighter iaitu anda dapat mainkan game Street Fighter V ini secara percuma di Steam.

Namun ada tapinya, game ini hanya percuma selama 2 minggu sahaja iaitu bermula 24 April 2019 (8 pagi waktu Malaysia) sehingga 7 Mei 2019. Dalam tempoh ini, anda dapat mencuba 20 watak hero yang disediakan dan 3 mode iaitu mode ArcadeExtra Battle, dan Team Battle.

 

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba. Untuk maklumat lanjut boleh lihat disini.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.