World Electronic Sports Games (WESG) 2018 Tawarkan Hadiah $5.5 Juta US Dolar Untuk Dimenangi!

0 900

Pada awal pagi tadi, Alisports dan Air Asia telah membuat Press Conference. Acara tersebut dimulakan oleh ucaptama CEO Alisports,Zhang Dazhong. Dalam ucapatama tersebut, Founder Alisports telah mengumumkan bahawa Air Asia sebagai rakan kerjasama utama bagi acara World Electronic Sports Games (WESG) di ASEAN.

Air Asia merupakan syarikat yang telah terlibat dalam acara sukan traditional seperti bola sepak dan Formula 1. Bermula 2015 Air Asia telah mula bergiat aktif dalam industri E-Sport.

Berbeza dengan kebanyakkan kejohanan e-sukan lainnya, WESG merupakan kejohanan yang menumpukan pada pertandingan antara negara. Setiap pasukan bertanding dikehendaki memiliki pemain dengan kewarganegaraan yang sama untuk menyertainya.

Kini pertandingan yang dianjurkan oleh Alisports telah berlangsung selama 2 musim bermula 2016. WESG telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sehinggakan Alibaba sendiri telah menobatkan WESG sebagai salah satu pertandingan esport global yang paling dinantikan.

Debut South East Asia pada musim kali ini akan berlangsung di Kuala Lumpur dan Air Asia sebagai rakan kerjasama bagi musim ini. Musim ini akan menampilkan 6 jenis game untuk dipertandingkan iaitu ;

1. Counter-Strike: Global Offensive
2. Dota 2
3. Hearthstone: Heroes of Warcraft
4. Starcraft II
5.Vainglory (game mobile)
6. Pro Evolution Soccer (PES) 2018

Pertandingan ini membuka peluang kepada sesiapa sajaja di seluruh 206 negara untuk ikut serta bagi merebut ganjaran yang begitu besar iaitu berjumlah $5.5 juta US dolar.

Jika slogan Air Asia “Now Everyone Can Fly” maka slogan untuk gamers “Now Everyone Can Have Their Own Game Journey in WESG”

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.