Siapa “Fenrir” Atlet Esukan Yang Bermain Fifa Di Pejabat Syed Saddiq Baru-Baru Ini?

0 16,294

Tular di media sosial akhir-akhir ini apabila beberapa gambar tersebar di internet menunjukkan Menteri Belia & Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang bermain permain video ketika waktu makan tengah hari di pejabat dengan seorang anak muda dan team Johara dari Era FM. Gambar yang tersebar ini telah menghadirkan banyak reaksi dalam kalangan netizen itu sendiri.

Untuk tulisan ini Moshed Gaming tidak akan mengulas tentang perkara tersebut tetapi lebih berminat untuk berkongsi kepada netizen tentang seseorang individu. Mungkin diluar sana ramai netizen yang tertanya-tanya siapakah sosok anak muda yang berpeluang untuk main permainan video dengan Team Johara dan YB Syed Saddiq?Tentu bukan calang-calang orang yang dapat peluang seperti itu.

Anak muda tersebut ialah Muhamad Luqman Haziq Hajiman atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Fenrir’. Fenrir Haziq merupakan anak muda yang sedang menempa nama di persada e-sukan Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

Bakat anak muda ini mula disebut-sebut oleh ramai orang terutamanya pemain e-sukan apabila beliau berjaya memenangi tempat kedua dalam e-sukan Malaysia Cyber Games 2018 bagi kategori FIFA 18. Nama Fenrir bertambah berkilau apabila beliau berjaya menjadi satu-satunya wakil tunggal Malaysia dan Asia Tenggara di kejohanan FIFA eWorld Cup Playoff di Barcelona, Sepanyol pada 26 hingga 28 Januari yang lepas.

Fenrir berjaya menempatkan dirinya dalam 64 peserta bagi FIFA Ultimate Team (FUT)
Champions Cup #1 di Barcelona, Sepanyol selepas berjaya memenangi 154 perlawanan dari 160 jumlah perlawanan bagi menempah kedudukan 49 terbaik di dunia.

Untuk pengetahuan anda, Fenrir Haziq merupakan atlet esukan Malaysia baru berusia 21 tahun dan masih seorang pelajar di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan kewangan.

Berdasarkan salah satu wawancara yang dilakukan, Fenrir Haziq mengatakan beliau mula bermain game FIFA sejak umur 15 tahun iaitu semasa FIFA edisi ke 13. Pada mulanya beliau hanya bermain secara suka-suka sehinggalah pada tahun 2016. Pada tahun 2016 barulah beliau mula menanggapi permainan FIFA secara serius.

Kebiasaanya beliau hanya bermain selama 1-2 jam pada hari biasa dan 6-8 jam pada hujung minggu bagi mengimbangi tanggungjawab beliau sebagai pelajar.

“Harapan Luqman ‘Fenrir’ Haziq ialah beliau berharap beliau dapat menjadi salah seorang yang dapat memajukan sukan E-games di Malaysia dan harap lebih ramai anak muda mula mengorak langkah dengan cuba bermain di luar Malaysia.” – Sumber : Majalah Dunia Sukan edisi 61 m/s 48 –

Tonton Video Penuh Perlawanan Antara YB Syed Saddiq Dengan Luqman ‘Fenrir” Haziq di

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.