Apex Legends Isytihar Perang Terhadap Cheater – 355,000 Pemain telah Dibanned!

0 932

Game yang dihasilkan Respawn iaitu Apex Legends telah genap berusia 1 bulan sejak ia dilancarkan.Sejak dari itu game Apex Legends telah meraih 50 juta pemain sejak ia dilancarkan pada bulan lalu.

Berikutan game ini merupakan game yang perucma dan dibanjiri jutaan pemain maka tidak mustahil bilangan pemain yang menggunakan cheat akan semakin bertambah. Pemain tidak bertanggungjawab seperti inilah yang telah merosakkan komuniti.

Tetapi mujur Respawn mengambil serius hal ini dan terus memperbaiki game mereka. Menurut pihak Respawn, mereka telah banned lebih dari 355,000 cheater PC. Mereka juga mengatakan bahawa mereka  tekad untuk terus membasmi cheater.

Ketika ini Respawn sedang mengusahakan untuk terus memperbaiki feature anti-cheat dan akan menambahkan feature report di PC, dimana pemain dapat terus melaporkan cheaters dalam game ini secara langsung.

Selain isu cheater, Respawn juga mengetahui tentang spammer yang semakin berleluasa dalam game ini. Buat masa ini mereka sedang memikirkan solusi terbaik untuk tangani spammer.

Syabas untuk Respawn yang memandang serius hal ini dan terus komited untuk meningkatkan mutu game Apex Legends.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.