Fortnite Avengers : Thanos Hadir Di Battle Royale Dalam Infinity War

0 832

Menarik!! Developer game Fornite iaitu Epic Games baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah berkerjasama dengan Marvel Studio bagi menghadirkan Mad Titan Thanos bersama senjata Infinity Gauntlet dalam permainan game Battle Royale mereka.

Mode yang bakal menghadirkan Thanos akan diberi tajuk sebagai “Infinity Gauntlet Limited Time Mashup”. Corak permainan game tersebut adalah seperti biasa tetapi anda akan dapati Infinity stones di sekitar pulau. Pemain yang berjaya mengkoleksi kesemuanya bakal memiliki kuasa seperti Thanos dalam Infinity Wars.

Kenapa mode tersebut dihadirkan walaupun dalam jangka masa pendek adalah berkutan pengarah filem tersebut Joe dan Anthony Russo merupakan peminat fanatik game Fortnite.

Ramai yang sekarang sedang berpusu-pusu sehingga server Battle Royale Fortnite terpaksa offline buat sementara waktu.

Sebelum ini mereka telah melakukan pelbagai kemaskini dan mengeluarkan patches yang menghadirkan pelbagai item, senjata, kosmetik, perubahan peta yang baru. Cuma patch V4.1 ini agak istimewa kerana mereka bakal hadirkan Marvel’s infinity war. Tentu sahaja V.4.1 juga menambah beberapa features atau kosmetik yang baru.

Dapatkan terus update terkini melalui Twitter mereka.

Mode “Infinity Gauntlet” telah hadir dalam semua Fortnite platform iaitu PS4, Xbox, PC, dan iOS pada hari ini. Jangan lepaskan peluang!

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.