Game Metal Slug Bakal Hadir Di Telefon Pintar Anda Tidak Lama Lagi!

0 770

Bagi gamer yang lahir 80-90an pasti akan kenal dengan game Metal Slug. Sebuah game klasik tembak menembak yang membangkitkan nostalgia masa kecil. Game ini yang memenuhi ruangan kanak-kanak 80-90an di rumah sama ada di konsol NES atau PC emulator. Game ini juga menjadi hiburan bila lepak-lepak di Arcade suatu ketika dahulu.

Untuk korang yang rindukan game ini dan ingin layan memori lama, ini berita baik untuk korang. Game Metal Slug kini akan kembali di peranti Android atau iOS dengan nama Metal Slug Infinity.

Game ini dapat dimain kan secara percuma. Ia bakal tiba tidak lama lagi di telefon pintar korang. Buat masa ini korang sudah boleh buat pra-daftar di Playstore. Buat pengguna iOS masih belum boleh membuat pendaftaran.

Metal Slug Infinity akan tetap mempertahankan siri klasiknya iaitu side-scrolling action shooter dengan karakter ikonik seperti Eri, Fio, Marco, dan Tarma.

Berikut adalah trailer Metal Slug Infitiny

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.