6 Pemain Dota 2 Paling Digeruni Sepanjang Tahun 2018!

0 2,173

Tahun 2018 telah pun berlalu, tiba tahun baru dengan arus yang lebih deras dalam arena gaming. Dalam arena game Dota 2, banyak drama-drama dan memori telah tercatat sepanjang tahun 2018. Ramai pemain mula mencipta nama dan bersinar di peringkat dunia. Dalam masa yang sama juga terdapat pemain-pemain yang semakin tenggelam dan kecundang.
.

Acara seperti The International 2018 telah menjadi tumpuan dunia terutama dalam kalangan penggemar game DOTA 2 dan penggiat Esports. Dalam acara ini, kita dapat melihat bakat-bakat baru, keterampilan para pemain dan aksi pasukan pilihan. The International 2018 tidak diragui lagi, telah mencatat kejayaan sehinggakan mampu membawa game Dota 2 sebagai game Esports ke satu tahap yang lebih tinggi.
.

Sepanjang tahun 2018, terdapat ramai pemain yang menonjol dalam sukan elektronik Dota 2 namun admin kongsikan hanya 6 orang ;

6. Zhang “LaNm” Zhicheng

 

LaNm merupakan nama yang tidak asing lagi dalam Dota 2 sebagai pemain yang boleh bermain berbagai posisi. Beliau pernah bermain dari posisi hard carry sehinggalah hard support.
.

Walaubagaimanapun LaNm lebih terkenal dengan permainan Earthshaker. Selain itu beliau juga telah menempah nama bukan sahaja di negara asal tetapi juga dipersada dunia. Dalam acara TI 2018, LaNm telah berjaya menampilkan permainan yang cukup mantap sehingga mampu membuatkan pasukan Vici Gaming menempah tempat dalam TI 2018.

 

5. Xu “fy” Linsen

 

Selain LaNm, Fy juga merupakan pemain support yang mantap dan menjadi tumpuan pada tahun 2018. Fy sememangnya telah terkenal dalam kalangan gamer Dota 2 dengan permainan Rubick saban tahun. Beliau merupakan anak muda yang mampu membawa pasukannya untuk menewaskan pasukan-pasukan besar dalam TI8. Boleh dikatakan beliau adalah the next Chinese superstar.

4. Roman “RAMZES666” Kushnarev 

 

Ramsez666 merupakan pemain Esport berasal dari Rusia. Beliau menjadi core player dalam pasukan Virtus Pro dan menjadi antara pemain yang paling banyak menyumbang kepada kemenangan Virtus Pro dalam pelbagai pertandingan. Aksi beliau yang cemerlang telah menarik perhatian industri lain apabila beliau telah dilamar menjadi duta bagi iklan shampoo.

 

3.Alexei “Solo” Berezin

 

Solo merupakan ketua pasukan bagi pasukan Virtus.pro. Dibawah bimbingannya, beliau telah membawa major wins kepada Virtus.pro sebanyak 4 kali sepanjang tahun 2018. Beliau merupakan think tank dan pengatur strategi kepada pasukannya dalam menewaskan musuh. Walaupun penampilan Virtus.pro dikatakan sederhana dalam TI8, namun Solo mampu membawa pasukannya ke tempat 3 tangga teratas.

 

2. Amer ‘Miracle-‘ Al-Barkawi

 

Miracle merupakan ahli pasukan Team Liquid. Pasukan ini dinobatkan salah satu pasukan terbaik sepanjang 2 tahun ini dan Miracle menjadi ahli jentera penting. Miracle pernah mempunyai sejarah apabila beliau menjadi pemain pertama yang mencapai 9000 mata MMR. Ramai gamer Dota 2 berpendapat bahwa, Miracle adalah Invoker player terbaik yang pernah ada dan tiada siapa yang mampu tandingi beliau dalam posisi mid lane.

1. Anathan “Ana” Pham

Tidak perlu berbicara banyak tentang peribadi yang bernama ‘Ana’ ini, beliau merupakan key maker yang mengantarkan pasukan OG ke Grand Final dan sekaligus merebut gelaran juara. Walaupun ramai ahli pasukan bermain dengan cemerlang, namun hanya satu pemain sahaja yang paling bersinar dalam setiap momen penting iaitu Anathan ‘ana’ Pham. Beliau adalah nama penting yang kerap dibicarakan.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.