Nintendo Ancam Tindakan Undang-Undang, Rapper Amerika Soulja Boy Terpaksa Akur!
Masih ingat dengan Soulja Boy? Sebelum ini rapper yang berasal dari Amerika ini telah mengumumkan bahawa beliau akan membina pasukan E-Sportsnya sendiri. Selain berhasrat untuk mencungkil bakat-bakat baru, Soulja Boy juga berhasrat untuk melamar Richard Tyler Blevins atau lebih dikenali sebagai Ninja untuk bermain dalam pasukannya.
.
Baru-baru ini, Soulja telah terbabit dalam kontroversi dengan salah satu pengeluar konsol terbesar iaitu Nintendo. Pada tahun lepas bulan Disember, Soulja Boy telah mengeluarkan konsol palsu yang mengandungi pelbagai game (ROM) illegal dari berbagai konsol seperti NES, SEGA dan lain-lain lagi.
.
SouljaGame Console ini mengandungi 800 game, manakala untuk versi SouljaGame Handheld terdapat 3000 game. Tindakan Soulja Boy ini telah mendapat ancaman daripada Nintendo bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan undang-undang berikutan game-game terbitan Nintendo telah dikeluarkan secara haram.
.
Pada awalnya, Soulja Boy memandang sinis dengan ancaman Nintendo, namun setelah beberapa waktu, beliau pun akur dan menarik kembali konsol miliknya dari pasaran. Hal ini menyebabkan semua pengiklanan konsol yang dijual dilaman web Souljagame.com telah diturunkan.
.
Adakah perkara ini akan memberi kesan dengan pasukan Esports yang bakal didirkannya? Kita lihat perkembangan tersebut pada akhir Januari nanti.