RAMZES666 Dari Dropout Ke Persada Dunia Esport

0 1,326

Dari waktu ke waktu, setiap orang akan hadapi situasi dimana dia perlu memutuskan membuat sesuatu keputusan. Perkara itu tidaklah mudah dan cara seseorang itu menanggapi hal tersebut berbeza untuk setiap orang.
.

Pada tahun 2015 Roman Kushnarev a.k.a RAMZES666 telah memutuskan untuk tidak bersekolah demi mengejar impiannya menjadi seorang pemain professional game.
.

Kita mungkin dapat bayangkan bagaimana jika 3 tahun lalu Kushnarev membuat keputusan untuk tidak mengejar cita-citanya. Peminat Dota 2 mungkin akan kekurangan sosok idola yang dapat berperanan sebagai carry.
.

Dalam temubualnya dengan Cybersports, RAMZES666 membuat keputusan tersebut dengan mengikut kata hatinya. Buat masa ini, beliau tidak terlalu memikirkan tentang masa hadapan. Walaubagaimanapun, beliau mengungkapkan bahawa beliau berhasrat melanjutkan pendidikan di samping menjadi terbaik dalam DOTA 2.
.

Nama Roman Kushnarev agak terkenal di Rusia, selain ditawarkan menjadi duta produk shampoo Head & Shoulders, beliau juga mendapat perhatian media bisnes Rusia.
.

Apapun semoaga RAMZES666 dan orang yang berjuang dalam dunia Esports berjaya dalam mengejar mimpi dan cita-cita.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.