𝗦𝘁𝗼𝗿𝗺𝗱𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀 – 𝗚𝗮𝗺𝗲 𝗕𝗮𝘁𝘁𝗹𝗲 𝗥𝗼𝘆𝗮𝗹𝗲 𝗙𝘂𝘁𝘂𝗿𝗶𝘀𝘁𝗶𝗸 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗧𝗶𝗯𝗮 𝗗𝗶 𝗣𝗖

0 1,279

Sememangnya trend battle royale menjadi trend gaming pada tahun lepas dan diteruskan pada tahun ini. Antara game yang menggunguli dalam genre ini ialah PUBG dan Fortnite.

Terbaru tentang game battle royale ialah kita bakal dapatkan sebuah game battle royale yang mendapat sentuhan futuristik iaitu game Stormdivers. Game ini dibangunkan oleh Housemarque dan akan berkonsepkan peperangan pada masa hadapan. Korang boleh lihat trailer yang ditampilkan dibawah.

Dimana terdapat banyak feature-feature yang tidak terdapat dalam game battle royale lain, ada di dalam Stormdivers. Ia dilengkapi dengan senjata yang canggih dan memiliki kemampuan yang unik.

Setakat ini game ini akan memasuki fasa beta untuk platform PC dan belum ada tarikh pelancarannya. Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web.

 .

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.