Team Liquid Tersungkur – Mousesports Juara ESL One New York 2018!

0 1,164

CS:GO merupakan salah satu game yang kerap dipertandingkan dalam dunia Esports. Baru-baru ini, acara pertandingan ESL One New York 2018 telah diadakan.
.

Pertandingan tersebut menawarkan hadiah berjumlah sehingga US$250,000. 8 pasukan telah mengambil bahagian bagi merebut tawraran tersebut. Sepanjang perjalanan acara tersebut, terdapat beberapa perkara yang tidak diduga berlaku.
.

Banyak pasukan-pasukan terkenal tak kesampaian akibat menghadapi kegagalan. Antaranya ialah Natus Vincere, Fnatic, FaZe Clan, sehingga G2 Esports tak layak ke peringkat playoff. Malah pasukan seperti Gambit Esports dan NRG Esports berjaya melayakkan diri.
.

Walaubagaimanapun, hanya dua pasukan yang layak ke peringkat akhir iaitu Mousesports dan Team Liquid.
.

Pertandingan tersebut telah berlangsung dengan sengit. Walaupun Team Liquid terkenal dengan kecekapan mereka dalam game CS:GO, Mousessports berjaya menewaskan pasukan lawan lantas merebut gelaran juaran.
.

 

Sunny dan ahli Mousessports telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak US$125,000. Manakala Team Liquid yang mendapat tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak US$50,000.
.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terlibat.

 

.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.