Pasukan Alliance Juara Pertandingan DOTA 2 Reshuffle Madness!

0 905

Pada 28 September sehingga 2 Oktober 2018, satu acara pertandingan Dota 2 iaitu acara pertandingan Reshuffle Madness telah diadakan. Acara ini menawarkan jumlah hadiah sehingga $50,000.00.

Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam acara ini. Namun hanya pasukan-pasukan dari kawasan Eropah dan CIS sahaja dipilih. Antara pasukan yang terpilih ialah Odium,Elements Pro Gaming,Alliance,Team Spirit,Ferzee,Natus Vincere,The Final Tribe dan Team Empire.

Pada pringkat suku akhir, pasukan Alliance telah menewaskan pasukan Team Spirit sebanyak 2-0 kemudian melanjutkan ke peringkat seterusnya melawan Odium. Perlawanan peringkat suku akhir agak sengit, masing-masing pasukan yang layak ke Final hanya menang tipis iaitu 2-1. Alliance VS Odium, 2-1, Freeze vs The Final Tribe 2-1.

Pada peringkat akhir, Alliance telah bertemu dengan pasukan Freeze. Kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Kuala Lumpur Major 2018. Walaubagaimanapun, pasukan Freeze terpaksa akur dengan kekalahan melawan Alliance. Dalam Grand Final, Alliance telah memenangi Freeze sebanyak 3-0.

Dengan ini Alliance telah menjadi juara dan membawa pulang sebanyak US$25,000 diikuti oleh tempat kedua Ferzee – US$12,000.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.