My Hero One’s Justice Tetapkan Tarikh Rasmi Pelancaran!

0 830

Adaptasi filem dan anime bukanlah sesuatu yang baru, walaupun sering mendapat kritikan daripada kalangan peminat,namun terdapat beberapa game yang dapat diadaptasi dengan baik sehingga mencatat jualan yang sangat memberangsangkan. Antaranya game Dragon Ball FighterZ dan Naruto Shippuden.

Anime My Hero Academia merupakan anime yang tengah hype pada ketika ini dan sedang mendapat rating yang tinggi. Maka buat para penggemar anime My Hero Academia, ada berita baik buat anda. Bandai Namco baru sahaja mengumumkan tarikh pelancaran game ini melalui trailer yang dikeluarkan.

Melalui trailer singkat di atas, My Hero One’s Justice akan dilancarkan pada 26 Oktober 2018 untuk PS 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC.

Trailer singkat ini juga menampilkan sedikit gameplay My Hero One’s Justice oleh Bandai Namco. Dalam arena pertarungan pemain dapat memilih untuk bermain sebagai hero ataupun villain. Antara watak-watak yang ditampilkan ialah All Might, Dabi, Denki Kaminari, Eijiro Kirishima, Fumikage Tokoyami, Gran Torino, Himiko Toga, Izuku Midoriya, Katsuki Bakugo, Kyoka Jiro, Momo Yaoyorozu, Muscular, Ochaco Uraraka, Shota Aizawa, Shoto Todoroki, Stain, Tenya Iida, Tomura Shiragaki, dan Tsuyu Asui.


Pertarungan game ini membolehkan pemain menggunakan special move (Quirks) seperti yang terdapat dalam Anime. Setiap karekter akan memiliki serangan khusus mereka yang terkait degnan Quriks mereka.

Buat para penggemar anime My Hero Academia, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan game ini pada bulan Oktober nanti.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.