Air Asia Bakal Mencipta Sejarah Baru Dalam Arena E-Sports?

0 1,169

Dunia sukan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-sukan saban tahun semakin mendapat pengikhtirafan di kebanyakkan negara. Di Malaysia sendiri, dunia e-sukan telah menjadi sebahagian daripada sukan negara apabila Majlis Olimpik Asia turut mengiktiraf ia sebagai sebuah sukan bercorak elektronik. Pada tahun 2022, E-Sukan akan dipertandingkan buat pertama kali dalam Sukan Asia.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh NewZoo, 1 daripada 7 orang mengetahui tetang e-sukan. Pada tahun 2016 sahaja pengguna e-sukan dianggarkan akan melebihi 1 billion. Menurut data yang dikeluarkan oleh Deloitte, e-sukan berjaya mengutip hasil sebanyak $30 billion setiap tahun.

Keberuntungan dan penerimaan pasaran yang ditawarkan dalam industri sukan elektronik menyebabkan industri-industri besar mula mengambil bahagian dalam arena ini. Tidak ketinggalan, Air Asia antara industri besar yang melibatkan diri dalam sukan elektronik.

Pada bulan Mac tahun ini, Tony Fernandes, CEO dan co-founder kepada  AirAsia Group telah membeli majoriti saham dalam organisasi e-sport mobile Malaysia Team Saiyan dan akhirnya dijenamakan semula AirAsia Saiyan. Team Saiyan merupakan pasukan professional yang top dalam permainan Mobile Legends.

Selain itu, Air Asia juga telah menaja pasukan Mineski. Mineski merupakan pasukan yang berjaya menempah nama di persada dunia dalam permainan DOTA. Pada pertandingan baru-baru ini, pasukan tersebut telah memenangi pertandingan DOTA peringkat  Asia 2018 dan berjaya membawa pulang RM1.43 juta.

Bukan itu sahaja, Air Asia juga memiliki kelab e-sukan sendiri iaitu AirAsia Allstars Esports Club. Kelab ini bergiat aktif dan telah mengikuti pertandingan yang bertempat di Selangor Cyber Games.

Kini dengan semakin banyak dorongan oleh kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri, tentu semakin banyak acara dan kejutan akan dilakukan oleh Air Asia.

Moshed Gaming yang merupakan penggiat dalam industri ini sangat mendukung tindakan-tindakan positif dalam menyemarakkan lagi arena sukan elektronik.

Info Terbaru yang kami dapatkan pada 31/5/2018, Dato’ Kamarudin bin Meranun yang merupakan Chairman AirAsia dan CEO Tune Group baru sahaja memuatnaik caption terbaru berkenaan E-Sports di Instagram beliau dengan menyatakan ”History in the making, airasia going big on E-sports… we will develop our own E-sports team, E-sport league and own Air Asia E-Sports Centre”.

 

 

 

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.