Ninja Pecah Rekod: Gamer Pertama Dapat 5,000 Victory Royales!

0 1,562

Tyler Blevins atau lebih dikenali dengan pangglilan Ninja merupakan salah seorang streamer game yang paling popular pada ketika ini. Beliau mempunyai pengikut paling ramai di Twitch (platform untuk Streamers) iaitu melebihi 10 juta pengikut. Hampir setiap kali Ninja stream, jumlah penonton yang menyaksikannya hampir 71,000 penonton.
.

Ninja banyak membina nama melalui game Fortnite iaitu salah satu game battle royale paling terkenal dunia. Pada 3 hari yang lepas, NInja telah memecahkan rekod apabila menjadi gamer pertama yang mendapat 5,000 Victory Royale sepanjang game itu dikeluarkan.
.

Sepanjang 1 tahun Ninja bermain game Fortnite, beliau telah bermain sebanyak 13,500 perlawanan. Dari 13,500 game, 37% dari angka tersebut Ninja telah berjaya mencatat kemenangan. Pendek kata 1/3 daripada game yang beliau mainkan, beliau menang. Ninja juga telah mencatat rekod pembunuhan sebanyak 94,000 kill (hampir 100 ribu).
.

Pada tahun 2018, nama Ninja memang telah sinonim dengan game Fortnite. Namun tiada siapa tahu bagaimana perancangan NInja pada tahun 2019. Kemungkinan besar, Ninja akan terus dengan Fortnite. Saksikan video kemenangan ke-5,000 beliau di channel YouTube beliau.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.