3 Game Pokemon Terbaru Bakal Hadir Di Mobile Dan Nintendo Switch 2018 Ini!

0 790

Sebuah syarikat game gergasi Jepun, Nintento akhirnya mengumumkan 3 Pokemon games yang terbaru akan hadir di konsol Switch dan salah satunya di Mobile.

Antara yang terawal akan keluar ialah Pokemon Quest, ia tidak termasuk dalam siri pokemon yang sebelumnya. Dikhabarkan game ini akan dikeluarkan di platform Nintendo Switch dan juga mobile. Game ini menggabungkan konsep pokemon dan Minecraft. Pokemon Quest telah dilancarkan cuma di mobile belum.

Game ini bukan sekadar ditampikan seperti Minecarft, tetapi anda juga boleh nikmati kembara ke pulau Tumblecube. Dalam Pokemon Quest, sehingga tiga Pokemon dapat digunakan berdasarkan pilihan dan corak permainan anda.

Selain Pokemon Quest, siri game Pokemon terbaru yang akan hadir di Nintendo Switch ialah Pokemon Let’s Go.

Pokemon Let’s Go ini hadir dalam dua versi iaitu Pokemon: Let’s Go Pikachu yang menghadirkan Pikachu sebagai Pokemon utama, dan Pokemon: Let’s Go Eevee yang menghadirkan Eevee sebagai Pokemon utama.

Permainannya lebih mudah kerana yang diperlukan hanya satu Joy-Con. Joy-Con digunakan untuk melempar Poke Ball seperti di Pokemon GO. Anda juga boleh bermain 2 orang dengan Joy-Con tambahan.

Keunikan game ini ialah ia menggabungkan Pokemon Yellow dan Pokemon GO. Anda tidak perlu bertarung untuk tangkap Pokemon baru. Yang perlu hanyalah melempar Pokeball ke arah Pokemon.

Game ini juga memiliki intergrasi dengan Pokemon Go. Maksudnya anda boleh transfer Pokemon yang telah ditangkap di Pokemon Go ke Pokemon Lets GO.

Selain itu, dalam Pokemon Let’s GO anda juga boleh bertarung seperti siri Pokemon sebelum ini. Anda boleh bertarung dengan pelatih Pokemon NPC.

Pokémon: Let’s Go Pikachu! dan Pokémon: Let’s Go, Eevee! termasuk Poké Ball Plus dijangka akan dilancarkan di Switch pada November 16. Di Mobile belum ada pengumuman lagi.

Peminat Pokemon Stay Tuned.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.