Ini Kesempatan Untuk Anda Main Game Overwatch Secara Percuma

0 872

Game ini telah berusia 2 tahun, tetapi popularitinya masih lagi tinggi dalam kalangan gamers. Sempena menjelang Liga Kejuaraan Peringkat Akhir Overwatch, Blizzard telah memberi kejutan kepada para gamers yang ingin mencubanya tanpa membeli game tersebut.

Untuk anda yang belum pernah cuba game ini, maka ini kesempatan anda untuk cuba game Overwatch kerana pada minggu hadapan game anda dapat bermain game ini secara percuma selama seminggu!

Diantara Julai 26 sehingga 30, anda berpeluang untuk menikmati merasai betapa sensasinya game hero shooter ini di PC.

Event Free Weekend ini akan membolehkan gamers menikmati semua konten yang ada di dalam gamenya seperti 18 peta untuk diterokai, custom game sehingga arcade. Anda dapat mengakses penuh semua hero dan diberi kesempata untuk naikkan leve, mendapatkan loot dan menyimpan data game anda.

Free Weekend itu akan bermula pada 26 Julai pukul 11:00 pagi PDT dan berakhir pada 30 Julai pukul 11:59 pagi PDT.

Untuk pengetahuan anda, Overwatch dapat dimainkan di PC, PlayStation 4, dan Xbox One. Jika Anda tertarik untuk membeli gamenya boleh dapatkan selepas free weekend.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.