“Kill all at once!!!” – Saber item build penghulu segala pedang

0 1,391

Saber ialah Assassin, damage beliau cukup tinggi untuk kill Mage atau Marksman. So kalo team lawan korang ada banyak Mage atau Marksman so senang-senang la korang bleh makan. Dan dia juga adalah salah satu hero yang agak mudah untuk digunakan, tidak terlalu complicated untuk menggunakan skill nya. So kat sini Daddy nak share tips untuk korang dapat savage.

Early Game: Korang kena focus farming dan abaikan musuh-musuh, tunggu sehingga Lvl 4. Dah sampai Lvl 4 korang perlu ganking lane yang musuh kuat buat pushing (jangan gank lane yang team kita buat pushing sebab musuh akan sentiasa sembunyi bawah turret, so NO POINT!) Cooldown ulti pendek so tunggu sehingga Ulti reset dan pergi ganking lagi. Kemudian macam biasa, kite tengok penyu telooooo.. Attack turtle laaa bersama team.
Mid Game: Sebab ulti korang mmg power membunuh 1 on 1 dan membuat enemy kejung, so time ni korang kena pandai cari enemy yang dah low HP.
Late Game: Macam biasa, kroang perlu bersama team untuk kill OP(overpowered) hero, Mage atau Marksman yang selalu berselindung di belakang.

Tips tambahan:

  1. Kadang-kadang korang terpaksa guna ulti untuk CC(crowd control) jika keadaan mendesak contoh korang ke geng korang ke yang dah low HP kena kejar, don’t worry just guna ja demi keamanan dunia.
  2. Skill #1 korang tu kalo korang nak tau, boleh jugak digunakan jarak dekat, bila berada betol-betol sebelah atau di tengah-tengah musuh, korang klik dan 4 flying blades tu akan memberikan max damage. Damage tu akan diberikan semasa korang lancarkan Flying Swords tu dan semasa ia ditarik semula. So tips penting ni juga dapat digunakan untuk farming, so mob tu akan kena 2 way in and out.

Tips Combo:

  1. Jarak dekat – Skill #1 + Ulti + Basic ATK + Skill #2(untuk kejar musuh atau escape)
  2. Jarak jauh – Skill #2 + Skill #1 + Ulti + Basic ATK

Item Build:

  1. BLOODLUST AXE (cost 1970)
    Stats: +70 Physical Attack, +10% Cooldown Reduction
    Memberikan +20% Spell Vamp
  1. BOOTS OF TRANQUILITY (cost 720)
     Stats: +20 HP Regen, +20 Mana Regen
     +40 Movement SPD dan kesan regen HP ditambah lagi 10%
  1. HUNTER STRIKE (cost 2010)
     Stats: +100 Physical Attack, +10% Cooldown Reduction
     Serangan kepada musuh 5 kali berturut-turut akan menambah movement speed hero sebanyak 30% selama 2s. Cooldown kesan ini adalah 15s.
  1. MALEFIC ROAR (cost 2060)
     Stats: +60 Physical Attack, +40% Physical Penetration
     Normal attack akan mengabaikan 20% turret armor.
  1. ROSE GOLD METEOR (cost 2270)
     Stats: +60 Physical Attack, +30 Magic Resistance, +5% Lifesteal
     Mendapat shield yang boleh menyerap 510~1350 damage (bertambah mengikut level) apabila HP jatuh di bawah paras 30%. Kesan mempunyai cooldown 30s.
  1. BLADE OF DESPAIR (cost 3010)
     Stats: +170 Physical Attack, +10% Attack Speed
     Memberi tambahan damage 10% kepada musuh yang berada dalam keadaan tidak normal contohnya  stunned, terpelanting ke udara, bertukar kepada bentuk lain, dan juga disabled.

Battle Spell: Retribution

Untuk farm dengan pantas dan juga boleh memberi kesan kepada hero musuh apabila mempunya gear Pillager Axe. Kesannya ialah Mengurangkan 70% movement speed musuh selama 3s, dan pada masa singkat menerima shield bersamaan jumlah HP pada masa itu.

Nota: Buy Hunter’s Knife dan upgrade ke Pillager Axe. Jual semula di late game untuk space killing item seterusnya. Pembelian item jungle seterusnya akan menghilangkan kesan ini.

Keterangan skill:

Enemy’s Bane (Passive) – Memberi damage kepada target dan mengurangkan physical defense musuh sebanyak 7. Boleh disusun sebanyak 5 kali. Bertahan selama 5s.
Flying Sword  AoE  (Mana Cost: 80) – Melontarkan 4 mata pedang yang berpusing mengelilingi beliau yang memberikan 160(+90% tambahan Physical ATK) physical damage.
Mata pedang akan berpusing mengelilinginya dan kemudian kembali, juga memberikan damage semasa dilancarkan dan kembali. Skill ini hanya mendapat 40% spell vamp.
Charge  BLINK   AoE  (Mana Cost: 70) – Bergerak laju ke arah yang  ditentukan, memberi 80(+40% jumlah Physical ATK) physical damage apabila bersentuhan musuh.
Triple Sweep  CC   BLINK  (Mana Cost: 100) – Menyerang hero musuh menolak ke udara dan melibas 3 kali berturut-turut, setiap libasan memberikan 200(+130% tambahan Physical ATK) physical damage.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.