Persatuan Mahasiswa Protes Game PUBG Harus Diharamkan!

0 3,374

Seperti mana ramai yang telah sedia maklum, game PUBG merupakan antara game yang paling popular ketika ini. Game ini bukan sahaja menjadi kegilaan orang dewasa, tetapi sehingga ke peringkat kanak-kanak.

Namun begitulah, jika sesorang itu tidak pandai mengimbangi kehidupannya dengan permainan video game, ia membawa kesan buruk terhadap seseorang itu, baik dalam perhubungan, pelajaran, pekerjaan mahupun kehidupan.

Di negara India, Persatuan Mahasiswa Jammu & Kashmir (JKSA) telah membuat bantahan agar PUBG Mobile di negara tersebut diharamkan. Persatuan tersebut mengatakan bahawa ramai mahasiswa telah kecanduan game tersebut dan akhirnya memberi kesan buruk terhadap hasil ujian mereka.

Persatuan ini telah membuat memorandum agar gabenor bandar Jammu dan Kashmir mengharamkan game tersebut, bahkan pemimpin persatuan itu, pimpinan itu menyebutkannya ia dapat merosakkan masa depan.

Mereka mengatakan kecanduan pelajar terhadap game ini semakin mengkhuatirkan bahkan lebih parah dari kecanduan terhadap dadah. Banyak pemuda menghabiskan masa mereka menggunakan telefon pintar untuk bermain game PUBG.

Ini bukanlah kali pertama PUBG menjadi bahan biacara utama di sana kerana sebelum itu terdapat seorang fitness trainer di India sehingga mengalami gangguan mental kerana terlalu lama main PUBG.

Apapun kita harus ingat, game hanyalah salah satu daripada bentuk hiburan yang ada.Yang harus dipersalah bukan gamenya tetapi segelintir individu yang tidak tahu memanfaatkannya.

 

Sumber: newindianexpress

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.